Thursday, September 17, 2015

My Love From Another Star 'Bab 16'

Hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke bumi UKM. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Hari ini aku mampu bergelar seorang mahasiswi universiti penyelidikan di Malaysia. Terima kasih Tuhan. Terima kasih. Aku janji aku takkan sesekali mensia-siakan peluang ini. Aku akan manfaatkan peluang ini sebaik-baiknya. Pendaftaran aku di Kolej Burhanuddin Helmi, Universiti Kebangsaan Malaysia ditemani oleh ayah, mama, mak tua, bapak dan kakak. Aku rasa sungguh gembira melihat senyuman insan-insan yang aku cintai. Meskipun mama dan kakak tidak keluar dari kereta sewaktu aku sibuk mendaftar, aku tetap bersyukur mereka berdua masih sudi untuk turut sama menghantar aku hari ini. Itu cukup untuk membuktikan bahawa mereka masih peduli tentang aku. Sebelum mereka pulang, aku memeluk erat ayah,bapak dan mak tua. Ingin aku peluk mama dan kakak juga namun awal-awal lagi mereka sudah menolak. Tak mengapalah wahai hati. Aku sejukkan hati sendiri dengan senyuman. Mulai hari ini, aku tak mahu lagi menyimpan dendam dan marah dalam hati. Azam baharu kononnya.
“ Adik jaga diri baik-baik kat sini. Jaga diri. Belajar betul-betul. Tak sabar ayah nak tengok anak ayah ni bergelar seorang ahli forensik ni nanti. ” Ayah tersenyum. Aku memeluk ayah erat. Terima kasih ayah kerana merestui pilihan aku kali ini. Aku pandang mama. Mama hanya mencebik bibir. Aku membalas cebikannya dengan senyuman. Bukan provokasi namun tanda terima kasih juga akhirnya dia akur dengan pilihan aku hari ini. Selama hari ini, aku akur sahaja dengan aturan  yang dibuatnya. Tak sekalipun aku membantah dengan harapan dia akan melayan aku sepertimana dia melayan kakak, anak kandungnya. Aku juga belajar separuh mati mengatasi kelemahan-kelemahan aku. Aku kejar gred A dalam setiap peperiksaan. Aku kejar kebanggaan seorang ibu terhadap seorang anak. Namun, ternyata dia masih belum mampu menerimaku. Dia masih belum nampak usaha aku hari ini. Tak mengapalah mungkin belum cukup lagi usaha aku. Aku senyum kelat. Tanpa aku sedari air mata yang sedari tadi bertakung jatuh jua akhirnya. Seandainya hari ini aku dapat pelukan hangat seorang ibu, pastinya aku lebih bersemangat dan gembira.
“ Adik kenapa nangis ni. Takkan lepas ni tak dapat rasa Mak Tua masak adik dah nangis kot. ” Mak tua menarik aku dalam dakapannya. Aku tahu dia memahami perasaan aku kala ini. Aku tahu dia turut menangis melihat aku diperlakukan sedemikian rupa. Dia mengerti aku dahagakan kasih seorang ibu. Aku mengangguk lemah. Bapak pula mengusap-usap kepalaku lembut.
“ Tak  apalah adik. Nanti kalau cuti, baliklah kampung. Nanti mak tua boleh masakkan sedap-sedap. Dah jangan nangis. Nanti tak sampai hati pulak kami nak tinggalkan adik kat sini. ”
Aku mengesat sisa-sisa air mata. Aku mengulum senyum.
“ Berapa lama lagi kita nak duduk kat sini. Tau tak panas sekarang. Nak buat drama Melayu pulak dah kenapa. Setakat nak daftar kolej dalam Malaysia je pun. Lagak macam nak daftar kat luar negara. ” Mama bersuara. Sinis kata-katanya tambah buat aku sayu. Aku cuba kawal emosi aku.
“Zira!!! Awa….k”
“Ayah dah lah… Adik pun nak masuk dewan utama ni ada briefing untuk minggu orientasi ni. ” Aku potong cakap ayah. Aku tak mahu ayah dan mama bergaduh lagi sebab aku. Ayah mengangguk lemah sahaja. Begitu juga mak tua dan bapak. Aku salam tangan ayah, mak tua, bapak,mama dan kakak.
“ Aku nak tengok kau keluar nanti jadi apa. Kau nak sangat kan buat pilihan sendiri. Kau tengoklah apa maksud pilihan sendiri kau tu nanti. Aku akan pastikan kau menyesal buat pilihan ni. ”  Mama berbisik kepada aku. Dia tersenyum sinis.
“ Kau tu kat  sini belajar. Jangan nak gatal cari calon suami pula kan mama kan. Kalau kau cari sendiri entah mat rempit macam mana lah kau sangkut nanti. ” Kakak pun sengaja mahu menduga tahap kesabaran aku hari ini.
“ Betul lah tu dik.” Jawab mama.

“ Dah…Dah… Adik pergilah masuk dewan. Kami semua balik dulu ya. ” Ayah memotong perbualan mama dan kakak. Sengaja dia mencelah. Dia tidak mahu mama dan kakak terus-terusan menyakiti hati aku lagi. Aku mengangguk lemah dan berjalan menuju ke dewan. Setiap langkah aku temani dengan zikir untuk mengubat perasaan aku yang terlalu sedih dan sayu. Walaupun aku tak ada kasih sayang ibu, aku masih ada kasih sayang seorang ayah, atuk dan nenek. Tuhan pimpin lah aku untuk mendidik hati ini lebih sabar. Amin. 

No comments:

Post a Comment