“
Arrrgghhhhhhh!!! ”
Jeritan
nyaring yang tiba-tiba kedengaran mengejutkan Ejat dan Nina yang baharu sahaja
berjalan meninggalkan parking
motorsikal untuk menuju ke kafe kolej. Langkah mereka terhenti dek jeritan
tersebut. Mereka kembali berpaling ke belakang. Mencari-cari arah jeritan
tersebut. Kelihatan seorang pelajar perempuan lengkap berhelmet dan berbaju
kurung sedang terbaring meronta-ronta kesakitan. Tangannya kuat memegang helmet
tersebut. Ejat dan Nina bergegas mendekati pelajar yang terbaring kesakitan
itu.
“
Reena!!! ”
Serentak
Nina dan Ejat separa menjerit. Mereka kaget. Rupa-rupanya, tubuh yang sedang
meronta-ronta di atas tar panas dan meraung kesakitan itu merupakan rakan
sekelasnya. Nina memegang tubuh Reena dengan harapan dapat menenangkan keadaan
Reena. Ejat pulak cuba menarik tangan Reena yang ditekapkan pada helmet biru
tersebut.
“
Nina! Kau tarik tangan dia dulu. Aku nak bukak helmet dia. Aku rasa dia migrain
ni. ”
Tanpa
banyak soal, Nina mengerahkan seluruh tenaganya menarik tangan Reena yang kejap
pada helmet tersebut. Ejat pula
menanggalkan helmet tersebut. Dek kepanikan yang melampau, helmet tersebut terpelanting
menuruni bukit dekat sebelah parking
motorsikal tersebut. Reena tiba-tiba kaku. Badannya keras. Kejang. Ejat dan
Nina cuba memanggil-manggil Reena. RIna yang kejang dan kaku di pangkuan Ejat
tiba-tiba menarik tangan Ejat dan menggigit tangan tersebut.
“
Arrghh!!! Nina tolong aku.Tarik dia. ”
Bersambung...
Bersambung...
Nina
yang panik dengan situasi tersebut menarik kepala Reena hingga tertanggal
tudung Reena. Reena melepaskan cengkaman giginya dari Ejat. Ejat dan Nina
terkejut dan panik dengan tingkah laku Reena. Tadinya badan Reena keras dan kaku,
tiba-tiba sahaja dia bertindak agresif. Ejat dan Nina bangun menjauhi Reena.
Reena tiba-tiba sahaja merangkak-rangkak. Suaranya menjerit seakan harimau
mengaum. Tangannya dioles-oles di atas tar hitam yang panas tersebut sehingga
berdarah. Aksinya tak tumpah seperti seekor harimau liar yang menunggu masa
untuk membaham mangsanya. Reena tiba-tiba berubah buas. Nina dan Ejat menjerit
sekuat hati dan berlari mendapatkan pertolongan.
