Terasa letih seluruh tubuh. Terbantut niat ingin
mengemaskan semua barang-barangku di bilik memandangkan tadi pagi tidak sempat
aku mengemasnya rentetan masa yang terlalu padat pada sesi orientasi ini. Aku
biarkan sahaja bagasi besar aku di tepi katil. Terus aku rebahkan tubuh pada
katil yang baru sahaja aku pasangkan cadarnya. Baru sahaja aku mahu berlayar di
alam mimpi pintu bilikku diketuk dengan kuat sekali. Siapa pula ketuk pintu
macam nak runtuh pintu tu. Tak reti sopan betul. Agak-agak lah nak ketuk bilik
orang pun. Hmm, dalam malas aku bangun untuk membuka pintu bilikku.
“ Tutup lampu! Tidur sekarang! ” Amboi. Garang betul.
Belum sempat aku kata apa-apa, dah kena amuk. Berlagak betul senior ni lagak
hatiku.
“ Tapi akak, saya tidur sorang-sorang, tak berani
nak matikan lampu. ”
“ Roomate
mana? ”
“ Entahlah, dari masuk tadi memang tak ada roommate. Boleh saya minta izin nak
tidur dengan bukak lampu? ” Harapan aku moga-moga akak senior ni pertimbangkan
permintaan aku memandangku mala ini aku rasa seram sejuk sahaja. Maklumlah baru hari pertama di sini. Tiada roommate pulak tu. Tambahan lagi, bilik
aku bersebelahan dengan hutan. Macam-macam aku bayangkan. Nak cakap aku ni
berani tak ada lah berani sangat.
“ Takde takde, jangan nak mengada-ngada sangat.
Matikan lampu sekarang atau aku panggil PC disiplin. ” Bengang betul aku bila
akak senior ni langsung tak menunjukkan sebarang rasa simpati. Ikutkan badan
yang letih dengan mood yang tak berapa stabil mahu sahaja aku cuci otak minah
bajet gila kuasa ni. Dia ingat aku takut sangatlah deng PC disiplin tu..
Setakat jerit-jerit nak buat sakit telinga tu boleh lah. Nama je PC a.k.a
pemudahcara, tapi macam penyusahcara. Usai tutup pintu, aku matikan lampu.
Entah macam mana aku terlanggar bagasi aku yang besarnya macam peti sejuk di
sebelah katil. Maklumlah aku rabun malam, bila gelap apa benda yang ada aku
langgar je macam orang buta kehilangan tongkat. Aku jatuh tergolek dan kepala
aku terhentak pada katil. Tak pasal-pasal benjol satu di dahi,. Ni semua
gara-gara penyusahcara berlagak gila tu. Aku menggosok-gosok benjol pada dahi
dengan rambut. Perlahan-lahan aku bangun sambil meraba-raba katil berdekatan
untuk naik di atas katil. Sakitnya. Apa
lah nasib aku hari ini. Dengan mama yang tak henti-henti marah dan tak hormat
akan keputusan aku, dengan badan yang letih macam seharian mencangkul dengan
kena marah dengan penyusahcara lagi, ni jatuh pulak. Aku ambil bantal, tekap
pada muka dan aku jerit kuat. Lepaskan geram. Sabarlah wahai hati. Apakah ini
padahnya mama tak merestui aku untuk berada di sini. Dalam esak tangisku, aku
mula hanyut di alam mimpi.
*****
Rasanya baru sahaja melelapkan mata. Tidur aku
terganggu dek deringan loceng kecemasan yang nyaring memukul gegendang
telingaku lantas meraih sedarku. Perlahan-lahan aku raba-raba meja studi dan
perlahan-lahan melangkah menuju ke pintu untuk membuka pintu untuk mengetahui
apa yang berlaku. Takkan baru hari pertama dah ada kebakaran. Aku lihat kanan
kiri. Kelihatan beberapa orang jiran
bilikku dalam sedar tak sedar sedang berjalan menuju ke tangga. Mahu turun ke
dataran aku kira. Mungkin berlaku kebakaran. Tanpa berlengah-lengah, aku
hidupkan lampu bilik. Aku capai selendang yang aku gantung di kerusi dan aku
sarungkan pada kepala. Cepat-cepat aku berjalan mengekori orang yang berada di
depan aku memandangkan aku tidak tahu apa yang berlaku. Ikut sahaja lah .
Daripada kau mati terbakar kat sini baik aku ikut dia orang semua ni.
“ Korang semua tahu tak kenapa aku panggil korang
semua kat sini? ” Soal salah seorang PC disiplin di hadapan sana. Krik…Krik…
Hanya cengkerik yang menjawab dengan bahasa mereka memandangkan tiada seorang
pun antara kami yang menjawab. Masing-masing masih dalam tidur aku kira.
“ Hoi!!!! Aku tanya ni apasal diam je semua! ” Terkejut aku dek suara PC disiplin yang menjerit minta perhatian tersebut. Pagi-pagi buta dah mengamuk. Bongok betul. Kitaorang tahu lah ada kebakaran sebab ada bunyi loceng kebakaran. Sumpah baru satu hari aku kat sini ada je yang tak kena. Kena marah tak sudah. Agaknya semua orang dalam dunia ni memang nak marah aku. Entah kenapa kepale aku tiba-tiba berdenyut. Takkan lah migraine kot. Lama tak kena dah.
“ Hoi!!!! Aku tanya ni apasal diam je semua! ” Terkejut aku dek suara PC disiplin yang menjerit minta perhatian tersebut. Pagi-pagi buta dah mengamuk. Bongok betul. Kitaorang tahu lah ada kebakaran sebab ada bunyi loceng kebakaran. Sumpah baru satu hari aku kat sini ada je yang tak kena. Kena marah tak sudah. Agaknya semua orang dalam dunia ni memang nak marah aku. Entah kenapa kepale aku tiba-tiba berdenyut. Takkan lah migraine kot. Lama tak kena dah.
“ Hoi!!!! Apasal diam!!!Tak faham bahasa ke ha?!!!
Jangan sampai aku mencarut pagi-pagi buta ni. ” AKu terkejut lagi. Bukan aku
sorang je yang terkejut, orang lain pun terkejut juga. Daripada penyusahcara
depan ni melalak lagi ada baiknya aku jawab. Aku angkat tangan.
“ Kau dah kenapa angkat tangan? ” Lah… Tadi tanya ni
aku nak jawab tanya pulak. Sah memang mengigau.
“ Nak jawab soalan lah, tadi bukan tanya kenapa
kumpul kat sini ke? ”
“ Kau tau ke kenapa? ”
“ Sah sah bunyi loceng kebakaran, orang buta pun tau
lah kenapa. Sebab ada kebakaran lah. ” Dalam nada tak puas hati aku jawab
soalan penyusahcara tersebut.
“ Hoi pompuan!!! Kau apahal? ” Eh boleh dia marah
aku pula, tadi tanya, bila aku dah jawab nak mengamuk. Sumpah pelik!
“ Kenapa apa? Daripada tak ada orang jawab saya
jawablah, nak elak ada orang melalak pagi-pagi buta ni. Bila dah jawab nak
marah lagi dah kenapa? ”
“ Kurang ajar!!! Kau turun!!! ” Tambah aku pelik
bila dia marah dan suruh aku turun. Turun apanya ni. Tak faham betul aku.
“ Turun apa? ”
“ Turun separuh. Jangan berdiri penuh lah bengap!!!
” Panas betul hati bila kena denda pagi-pagi buta ni. Salah apa pun aku tak
tahu menahu. Ni dah kira kes dera ni. Aku pandang PC tersebut dengan pandangan
marah. Bila dia pandang aku, aku jeling tajam. Aku turuti sahaja arahan mamat
sewel tersebut. Baru jadi PC dah
berlagak nak mampus. Terasa sakit lutut aku lama kelamaaan. Bila aku lihat di
hadapan aku, sudah ada satu figura seorang lelaki. Aku cuba melihat wajah
lelaki tersebut namun pandangan aku kabur memandangkan keadaan gelap. Aku kan
rabun malam, bila suasana gelap orang kat sebelah aku pun aku tak boleh nampak
dengan jelas, dengar suara sahaja. Entah kenapa, kepala aku yang
berdenyut-denyut semakin terasa berat. Pandangan yang sememangnya kabur kian
berpinar-pinar. Sekejap hitam sekejap putih. Kaki sudah tidak mampu menampung
berat badan aku lagi. Aku berserah je kalau-kalau aku jatuh terduduk atas batu.
Mahu berpaut pun aku dah tak larat. Entah kenapa aku tak rasa sakit dan terasa
ada seseorang menyambut aku dari jatuh. Aku cuba buka mata yang kian memberat
untuk melihat apa yang sedang berlaku namun keletihan ternyata memamah kudrat
yang masih lagi bersisa.
No comments:
Post a Comment