“ Dia sebenarnya dah ada girlfriend Pia… Kau tak payah lah seksa perasaan kau tunggu dia
lagi. Life must go on kan. Tak payah
lah tunjuk kau terhegeh-hegeh kat dia. Tak sampai hati aku tengok kau duk
kejar-kejar dia. Dah la tu. Kau tak sedar ke selama ni dia rapat sengan kau
sebab kena cabar dengan membe-membe dia. ”
Aku menangis. Sakitnya hati. Luka. Pedih. Berdarah.
Hancur. Patutlah dengan tiba-tiba sahaja Ash berubah selepas naik cuti semester
satu. Setelah apa yang kami lakukan bersama, Ash ternyata hanya berlakon. What kind of good actor!
Ash seolah-olah menganggap aku hanya boneka yang
boleh dijadikan untuk menjadi teman bermain bersama teman-temannya. Aku tahu
aku tak cantik, aku gemuk, dan aku macam budak kecil. Aku tahu siapa aku nak
berdampingan dengan kau. Kenapa selama ni aku tak sedar. Kenapa selama ni aku
buta untuk melihat kebenaran dan hanyut dengan kenangan bersama kau. Kenapa
susah sangat aku nak percaya bahawa kau sanggup buat semua ni Ash!!!!
Mahu sahaja aku membenci namun aku tetap mencinta.
Aku tekad untuk tidak lagi jadi pengemis cinta. Aku berazam untuk jadi wanita
yang sempurna. Wanita yang didamba semua lelaki. Aku mahu Ash tahu bahawa aku
bukan wanita yang lemah. Aku mahu Ash tahu bahawa aku wanita hebat. Aku takkan
maafkan kau Ash! Aku akan ingat samapai aku mati macam mana kau buat aku. Hebat
lakonan kau selama ni. Aku yang buta untuk menilai antara kaca dan permata. Aku
akan buktikan satu hari nanti bahawa aku bukan orang yang boleh kau buat
main-main!
*****
Tanpa aku sedar aku telah menitiskan air mata
membaca diari ‘Jaledari Nota Hati Arisa Sofea ’. Diari itu aku tulis sejak hari
pertama aku mengenali Ash. Segala-galanya tentang dia. Dari pada pembalut kulit
lolipop dan segala macam apa yang dia beri kepada aku aku simpan dalam diari
tersebut. Aku begitu menghargai kenangan itu meskipun pada akhirnya aku sedar
bahawa segala-galanya palsu. Aku masih tidak percaya Ash seorang pengkhianat
cinta. Sampai sekarang aku masih percaya Ash seorang lelaki yang baik dan ada
sebab-sebab tertentu dia buat begitu. Dia buat aku gila. Dia buat aku tolak
lelaki lain. Dia buat aku hanyut dalam percintaan yang aku ciptakan. Meskipun
dia tinggal aku namun aku masih cipta dunia cinta aku bersama dia. Aku hantar
emel-emel yang aku cipta sendiri kononnya emel lelaki itu. Aku balas emel-emel
itu sendiri. Kononnya Ash yang menulisnya. Sungguh aku masih setia dalam cinta
itu. Sesungguhnya mencintai Ash adalah satu kegembiraan buat aku. Mengenali dia
aku umpamakan jaledari biru nun di hujung sana. Kenapa? Sebab pandangan aku
takkan pernah berpenghujung. Begitulah dengan mengenali dia. Semakin aku kenal
semakin banyak perkara yang aku kira aku belum tahu.
Wahai takdir mana mungkin aku dapat melupakan Lelaki
yang besar impaknya dalam hidup ini. Senyumnya manis menenangkan hati aku.
Perilakunya buat aku rasa selamat bersama. Serak basah suaranya menggetarkan
aku. Gaduh kami mengukir senyum di kala sepi.
Kenangan demi kenangan dia ukir bersama aku. Mana
mungkin aku lupa tangisannya kala kehilangan atuknya. Mana mungkin aku lupa
bebelannya kala aku sakit. Mana mungkin aku lupa reaksinya masuk ke dalam zoo
buat kali pertama. Dan mana mungkin aku lupa cerita terakhir yang menjadikan
aku tidak bernafsu untuk bercinta.
Dia janji untuk menonton wayang bersamaku. Bagai
lembu dicucuk hidung aku membeli tiket wayang awal-awal. Aku tunggu dia depan
wayang hampir sejam. Aku segera capai telefon bimbitku yang berbunyi. Itu
panggilan dari dia. Dia minta aku untuk turun ke taman. Seperti biasa aku turut
sahaja. Tiba sahaja alangkah sakit rasanya melihat kemesraan dia bersama
seorang gadis cantik. Persis model. Aku cuba sedapkan hati dengan beranggapan
wanita cantik itu saudaranya yang ingin dia kenalkan kepada aku. Aku mendekati
mereka. Selangkah di hadapan mereka, mereka diam beberapa ketika. Wanita cantik
itu berjalan-jalan mengelilingiku. Dia lihat aku atas bawah. Dia rentap bahuku
dan tolak aku ke dalam kolam buatan manusia. Dia hina aku sampai satu dunia
memerhati. Mereka tinggal aku. Lelaki itu menghilang tanpa sebarang kata. Sadis
bukan?
Semuanya berlaku terlalu pantas. Macam baru semalam
aku mengenali dia. Mana mungkin terlalu mudah aku cakap aku sudah lupakan dia
secara total. Ada juga hati kecil ini bersuara bahawa sampai bila aku akan
terus hanyut dalam dunia cinta yang aku ciptakan sendiri? Aku juga tak ada jawapannya.
Biarlah masa yang menjawab. Betul rupanya kata orang untuk mencintai seseorang
kita hanay perlukan sesaat dan untuk melupakan kita mungkin perlukan seumur
hidup. Semoga aku tak perlukan seumur hidup untuk melupakan Mohamad Asyraf.
Saat sendiri,
Mata
ku pejam,
Tak
lagi terlihat bumi yang ku pijak,
Memori
ku atur kembali ke suatu ketika.
Ketika
yang penuh dengan warna,
Tiap
detik tak pernah ku lupa,
Tiap
saat mampu mengukir senyumku.
Kuat
memori mengingat,
Senyumannya,
Perilakunya,
Segala
tentang dirinya.
Gurau
senda tak pernah ku lupa,
Serak
suaramu masih bisa meruntun jiwa,
Pujukanmu
umpama air buat api yang lagi marak,
Janji-janjimu
masih utuh dalam genggaman.
Bila
mata tak lagi ku pejam,
Bumi
kembali ku pijak,
Memori
ku panggil,
Biar
hidup di bumi yang nyata,
Biar
nyah segala tentang dirinya,
Namun
tak pernah sekalipun aku mampu.
Hati
tak menurut desakan,
Terus
sahaja memutar memori,
Memori
yang ternyata tinggal kenangan,
Sering
sahaja hati menolak untuk memadamnya,
Menolak
untuk melakar kenangan baharu,
Terus
memilih untuk hidup dalam hitam putih.
Biar
pedih bagai ditusuk,
Biar
tangis temani hari,
Biar
luka terus berdarah,
Biar
hidup dalam kenangan,
Jasad
dan hati akan teguh,
Dalam
sebuah penantian,
Kerana
cinta tak pernah mati dek hinaan,
Tak
pernah pudar dek suram yang kian mencengkam.
#So guys this gonna be my first entry for an august. Sorry cause im late to update this series. I wish all of the silent reader still willing to follow this series. Thousand thanks and love to u readers!!!