Lakaran tak berpenghujung,
Terukir senyum dalam sunyi,
Mengejar kelam,
Menggapai tak pasti,
Sendiri aku pilu.
Angin,
Bawa aku pergi,
Pergi dari sakit dan sesal,
Tak mampu lagi,
Ditahan perit di hati,
Tuhan hapuskan semua.
Tak ku menduga kau berlalu pergi,
Tinggal mimpi,
Bersama sesalan,
Terluka aku menangis,
Tersedar kau hilang,
Tak hilang di hati.
Jangan diucap sesal berkali,
Tiada erti hidup ini,
Biar sendiri,
Lakaran tak berpenghujung.
Wednesday, December 23, 2015
Sunday, December 20, 2015
Aku Bukan Hiker Handalan
Kringgggg!!!!!!!!!
Aduh, baru nak terlelap dah berbunyi dah jam loceng
keramat aku. Aku tekan satu punat, diam seribu bunyi keramat tersebut. Apa
lagi, sambung buat tahi mata. Selimut aku tarik menutupi keseluruhan tubuh aku
yang tak berapa nak kecil sangat. Tak berapa nak kecil sebab selimut aku pun
tak mampu selindungkan seluruh tubuh. Istilah selubung dalam selimut bagi aku,
mesti kaki aku terjuntai tanpa selimut. Pendek cerita, tak muat selimut aku nak
cover seluruh tubuh aku.
“ Ain!!!!!! Bangunlah kau kata nak panjat Broga hari
ni. ” Aduh baru je nak berlayar dengan kapal layar idaman aku, ada lagi satu
jam loceng keramat memanggil-manggil. Kali ini bunyi dia lagi bingit dari bunyi
keramat yang tadi.
“ Hmmm… Pukul berapa ni? ” Bagi mengelakkan bunyi
tersebut terus membingit, aku pujuk dengan suara merdu pagi aku.
“ Woi!!! Pukul empat lah beb. Semalam bukan main kau
cakap nak kejut aku, sekarang tengok sapa kejut sapa. Kau nak bangun sekarang
ke kau nak rasa penangan mandi atas katil. Bangun lah beb. Nanti tak sempat
kita nak tengok sunrise. Semalam kau
cakap nak subuh kat sana. Cepat lah bangun Ain. Aku dah siap ni…Aku…. ”
Aduh!!! Semakin membingit pulak jam loceng satu ni.
Pagi-pagi kalau dah dengar motivasi mata mana tak segar kan. Jadi bagi
mengelakkan jam loceng tersebut mengamuk, aku bangun. Aku jalan malas-malas
menuju ke bilik air untuk basuh muka dan gosok gigi. Mandi? Haish tak payah
lah. Siapa je tahan mandi pukul empat pagi ni. Lagi pun nak naik bukit je pun.
Berpeluh jugak nanti.
*****
“ Reen… Kau rasa kan penat tak nak panjat bukit tu
nanti… Ni dah lah first time aku nak daki gunung ni hehe . Excited beb. ” Aku membuka perbualan sebaik sahaja Reen
memulakan pemanduannya.
“ Kau tak payah nak gunung sangt lah Ain. Bukit je
pun. Aku rasa kalau kau ni dalam setengah jam dah sampai puncak kot. ” Amboi!
Perli aku lah tu. Reen ni kalau bab perli aku memang champion.
“ Hmm. Kau ni pagi pagi buta pun dah start menyakat
aku kan. Reen… Aku ada benda nak cakap ni…. ”
“ Hmm… Sejak bila kau nak cakap bagitau aku dulu.
Bukan kau biasa main sembur je ke? Cakap je lah. ” Reen dah mula pandang aku
lain macam. Reen Reen! Kalau ye pun jangan lah macam tu sekali. Baik kau focus drive.
Karang bertukar tragedy trip aku nak naik Broga ni.
“ Reen… Kau rasa kan kita naik Broga nanti berapa
orang? ”
” Berdua je lah.. Kau dah kenapa? Ke kau ada ajak
membe kau yang lain? ”
“ Urmmm, eh takdelah Reen, aku takde ajak membe aku
pun tapi aku ajak anak aku. ” AKu tersengih macam kerang busuk dekat Reen
dengan harapan dia tak membebel lagi. Reen ni kalau dah start membebel, boleh
pecah gegendang telinga kalau tak cukup
kuat..
“ Kau jangan cakap kau bawak kura-kura kau eh? ”
Reen dah mula pandang aku dengan pandangan Dr Fadzilah Kamsah yang baru nak
start motivasi pagi. Haish kena sembur
kali kedua gamaknya.Takpelah yang penting Pot merangkap anak aku dapat merasai
pengalaman mendaki gunung eh bukit buat kali pertama macam mummy dia. Hehe. Nasib kau lah Reen dapat kawan macam aku hehe.
*****
“ Reen… Gelapnya. ” Aku mula gusar bila aku lihat
jalan menuju ke puncak bukit tersangatlah gelap.
“Memang lah gelap. Kalau nak terang nanti kau buat
proposal kat pejabat daerah suruh pasang lampu kat bukit tu eh. Kau bawak torch light tak beb? ” Pap! Sekali lagi Reen perli
aku.
“ Bawak-bawak. Tapi aku tak tau cukup ke tak bateri dia nak tampung perjalanan kita
sampai atas nanti.” Dengan perasaan yang gusar aku cuba nyalakan torchlight rechargeable
aku. Sah tak cukup bateri ni nak sampai atas. Belum apa-apa lagi dia dah malap.
“ Agak dah… Takpelah kau tinggal je torchlight kau
dalam kereta. Nah pakai powerbank aku. ” Reen hulurkan powerbank Pineng-999 20,0000
mAh kepada aku. Fuuh! Reen kau memang the best lah.
“ Pot… Now you
doesn’t have to worry okay! Mummy got powerbank. ” AKu cakap dengan anak
kesayangan aku yang aku letak dalam kantung kecik yang talinya aku sangkut pada
leher aku.
“ Weyh dah dah lah tu cakap dengan kura-kura kau tu.
Jom lah beb. Dah pukul lima suku ni. Karang tak sempat nak tengok sunrise. ” Reen sudah keluar
mengeluarkan beg galasnya di tempat duduk belakang. Tanpa berlengah aku turut
mengambil beg galas aku.
Pendakian ke bukit Broga pun bermula. Reen mengambil
tugas mengetuai ekspedisi pendakian ini memandangkan dia sudah beberapa kali
mendaki puncak bukit Broga. Walaupun aku
duduk di belakang Reen tak ada lah aku takut sangat memandangkan jalan menuju
ke puncak bukit tersebut penuh dengan manusia lain. Ada sampai satu tahap tu
sampai berselisih. Kitaorang baru nak naik ada pulak yang dah nak turun. Pelik
aku dibuatnya. Suasana apakah yang mereka lihat. Hmm, bulan mengambang gamaknya
hehe. Kira-kira lima belas minit mendaki, kami sampai di checkpoint pertama.
Reen yang pada awalnya nak teruskan pendakian terpaksa membatalkan niatnya
sebab kesian tengok muka aku yang pucat kelelahan. Penat! Aku duduk dan teguk
air mineral yang aku bawak. Sekali teguk, tinggal separuh air mineral aku.
Sumpah mendaki gunung ni lagi penat dari marathon.
Aku keluarkan pot dari kantungnya. Aku suluh mata pot. Ceh! Membuta tak
abis-abis. Aku terus suluh matanya. Malas-malas pot buka mata dengan buat muka
tak puas hati hehe. Nasib kau lah pot. Tak sampai lima minit rehat, Reen
mengajak aku meneruskan pendakian. Aduhai belum sempat aku hilangkan lelah. Aku
raih tenaga yang tak seberapa ni dan mulakan pendakian bersama Reen dan manusia
lain yang aku tak kenal. Niat aku nak menghayati suasana pagi mendaki gunung
terganggu bila manusia-manusia tersebut kejap-kejap gelak berdekah. Tak puas hati
betul aku. Perosak suasana betul lah. Dalam setengah jam mendaki, akhirnya kami
tiba di puncak Bukit Broga. One words ;
Its awesome!!!! Rasa terharu macam nak nanges. Aduhai drama betul. Baru
Bukit Broga belum Gunung Kinabalu. Over betul. Aku keluarkan pot dan aku
nikmati pemandangan yang sangat-sangat awesome bersama Reen. Reen selamba je sebab
dia dah selalu sampai puncak ni. Aku yang terlebih excited. Pot pun sama.
Biasanya dia membuta, tapi kali ni dia bukak mata besar-besar macam aku yang terlebih excited ni. Bila azan dari
telefon bimbitku berkumandang, aku dan Reen segera berwudhu’. Reen mencari arah
kiblat menggunakan aplikasi dari smartphone nya dan aku ambil tugas membentang
sejadah. Aku, Reen dan Pot pun menunaikan kewajiban kami kepada Sang Pencipta
hehe. Sungguh suasana bersolat di atas bukit
tersangatlah sukar aku gambarkan dengan kata-kata. Tenang! Usai solat
kami pun duduk menunggu sunrise. Awesome gila suasana sunrise tu. Sempat lah
jugak aku snap beberapa gambar di puncak Broga. Sambil menikmati keindahan tersebut,
aku memejamkan mati, aku teringat kata-kata kawan aku sangat aktif dalam
ekspedisi mendaki gunung. Aku pernah tanya dia, apa kau rasa masa kau sampai
puncak gunung tu. Dia jawab, mengalir air mata aku weyh. Aku jawab yeke? Now, aku rasa air mata aku yang mengalir
hehe. Ni baru penangan Bukit Broga belum gunung lagi. Kalau gunung aku rasa aku
dah mengangis guling-guling kot. Rasa
hilang segala penat dan sesalan aku sebab bagun pagi pada hujung minggu. Rasa
macam nak naik bukit Broga hari-hari je.
Sebelum panas terik, kami turun dari puncak. Boleh
tahan payah jugak nak turun ni sebab curam.
Kami terpaksa berpaut pada tali untuk mengelakkan insiden jatuh tergolek macam
nangka busuk. Reen steady je, aku ni
yang huru-hara. Aku rasa Pot je yang paling steady sekarang sebab dia sibuk
membuta masa dalam kantung masa mummy
dia berhempas pulas nak turun. Bertuah punya anak. Dalam cuba mengimbangi
badan, aku rasa tiba-tiba hilang keseimbangan dan seterusnya aku tergolek-golek
masuk ke dalam semak. Aduh! Sumpah sakit. Ada beberapa manusia lain bergegas
menuju ke arah aku untuk membantu.Reen turut sama. Tu kali pertama aku nampak
Reen panic. Sayang jugak Reen kat aku eh. Aku cuba duduk dalam semak tersebut.
Aku lihat ada batu besar sebelah aku, nasib lah aku tak jatuh kena batu
tersebut. Kalau tak… Hish! Aku keluarkan Pot dari kantungnya. Lega sebab Pot okay. Steady layan tidur lagi. Aku masukkan dia dalam kantung kembali dan
perlahan-lahan aku cuba berdiri. Manusia tadi dan Reen yang menuju ke arah aku
cuba membantu namun aku cakap okay je ni takde yang terseliuh ke patah ke.
Sakit pinggang je. Aku memulakan kembali perjalanan untuk menuju ke kaki Bukit
Broga dengan pinggang aku yang sakit gila bersama Reen.
Ekspedisi pertama aku mendaki gunung memberi seribu
satu kenangan buat aku, bukan setakat mendaki tapi jatuh tergolek hehe.
Maklumlah, aku bukan hiker handalan
hehe. Naik bukit turun 2kg berat, bila dah turun bukit pekena nasi lemak ayam
berempah dengan roti canai naik 5kg. Memang takkan kurus lah aku gamaknya.
Okay lepas ni aku target Gunung pulak. Gunung Kinabalu. Gunung Rinjani. Gunung
Fuji. Gunung Everest. Ha… Masa tu aku dah jadi hiker handalan Malaya hehe. Aku
akan make sure masa tu tak ada
insiden tergolek masuk semak. Peace!
Subscribe to:
Posts (Atom)