Wednesday, September 9, 2015

My Love From Another Star "Bab14"

“ Ayah…. Kita nak pergi mana ni. Kenapa masuk arah utara? Bukan kita nak balik Johor ke?  ”
“ Sebelum balik Johor,ayah nak bawak adik jumpa kawan ayah dulu. ”
“ Kat mana ayah? ”
“ Kedah… ”
“ What?!!! Kedah? Ayah ni sedar ke tak? ” Punyalah relax bapak aku ni cakap Kedah. Dia tak tahu ke Kedah terletak nun di utara semenanjung.
“ Lah… Awat nak terkejut sangat lagu ni. Betui lah.” Siap tukar slank Utara lagi bapak aku ni. Macam tak serius langsung.
“ Ayah… Kedah tu jauh lah, penat tau tak. Ayah pergi lah rumah kawan ayah tu lepas hantar adik balik Johor. penat lah duduk kereta lama-lama. ” Aku merungut.
“ Panjangnya muncung tu. Kalau penat tidur je. Ayah yang drive kan bukan adik pun. Ayah nak adik teman ayah. Tak kesian ke tengok ayah drive sorang-sorang nanti. ”
“Hmm..Yelah yelah. Ikut lah ayah nak pergi Thailand terus pun boleh. ” Ayah aku gelak. Dia tahu aku perliu dia sengaja gelak buat muncung aku tambah panjang. Satu kepantangan aku duduk dalam kereta lama-lama. Boleh kejang segala urat-urat dalam badan aku. Silap-silap hari bulan boleh patah pinggang ni. Ceh! Hiperbola betul. Mana ada orang patah pinggang sebab duduk dalam kereta lama sangat.
*****
Aku meregang-regangkan tulang-temulang aku. Lenguh betul seluruh tubuh mengalahkan orang yang bawa kereta. Padahal aku kerja bangun tidur bangun tidur je dalam kereta.
“ Razif! Lama ayah tak nampak kamu! ” Terkejut aku apabila seorang lelaki yang lebih kurang sebaya bapak yang baharu keluar rumah. Dia terkejut dengan kehadiran kami. Aku lagi terkejut bila dia membahasakan dirinya ayah dengan ayah aku. Sejak bila pulak aku ada atuk yang duduk negeri utara ni. Aku pandang ayah. Ayah senyum. Sumpah aku tak faham.
“ Ayah… Maaf, lama saya tak datang jenguk ayah.” Ayah cium tangan lelaki tua tersebut.
“Arisa… Apa tengok je. Salam atuk cepat. ” Pelik betul aku bila ayah membahasakan diri lelaki tua itu atuk. Belum sempat aku bersuara lelaki tua itu sudah memeluk aku. Erat.
“ Cucu atok! Bertahun-tahun atuk tunggu nak jumpa cucu tunggal atuk ni . ” Sungguh aku tidak mengerti apa yang berlaku. Baru aku tahu kami punya saudara mara di Kedah. Tapi yang peliknya kenapa dia bahasakan dirinya atuk.
*****
“ Ayah minta maaf Arisa, baru hari ni ayah dapat bawa kamu jumpa atuk kandung kamu. Lepas kamu dilahirkan ayah terus bawa kamu ke Johor memandangkan ibu kandung kamu ada berpesan jika sesuatu terjadi kepadanya ketika dia melahirkan kamu, dia minta ayah untuk menjaga kamu. Ayah nak sangat bawa kamu jumpa atuk kandung kamu namun ada sahaja aral yang melintang. Maafkan ayah ya…”
“ Takpelah ayah, at least hari ni Arisa dapat jugak jumpa atuk kandung Risa. ” Aku peluk atuk erat. Terpancar kegembiraan pada wajah ayah dan atuk.
“ Atuk… Boleh Risa tengok album gambar mama kandung Risa? ”
“ Boleh sayang… Jom ikut atuk pergi bilik arwah ibu kamu… ”Aku menbuntuti atuk. Ayah turut sama. Pabila melngkah masuk ke bilik ibu, aku dapat rasakan bahawa ibu merupakan peminat tegar warna hijau. Langsir, cadar, cat bilik dan peralatan di bilik ibu bewarna hijau. Dekorasi bilik ibu sunggu kemas dan sedap mata memandang. Aku buka tingkap bilik ibu. Di balkoni luar bilik ibu, terdapat pelbagai jenis bunga kaktus yang aku kira sudah tua-tua semuanya namun masih lagi cantik.
“ Dulu Aina, em ibu kamu suka kumpul pokok kaktus… Ni semua koleksi kaktus dia. ” Entah bila ayah mengekori aku ke balkoni. Ayah duduk di kerusi malas balkoni tersebut sambil melihat kaktus-katus milik arwah ibu.
“ Aina… Abang datang ni, tapi kali ni abang datang dengan anak kesayangan kita. Arisa Sofea…” Sayu saja nada ayah. Aku tahu dia rindukan arwah ibu. Aku juga amat-amat merindui ibu. Meskipun aku tidak pernah rasa belaian kasih sayang ibu namun aku yakin ibu seorang yang baik.
“Arisa… Ni album-album arwah ibu kamu… ” Aku sambut huluran album-album lama dari atuk. Tak sabar rasanya aku mahu lihat satu persatu foto ibu.
“ Atuk… cantiknya ibu! Patutlah ayah terpikat dengan ibu. ”
“ Bukan cantik je tapi ibu kamu baik sangat. Baik luar dan dalam. Sebab tu ayah jatuh cinta dengan dia. Dia banyak bekorban untuk ayah. Dia selalu utamakan orang lain berbanding dirinya sendiri. ” Kali ini aku lihat ayah sudah menitiskan air mata. Atuk juga begitu. Aku belek satu persatu foto ibu. Ibu seorang wanita yang sangat cantik bagi aku. Kulitnya putih kemerah-merahan. Rambutnya lurus paras bahu. Alis keningnya cantik terbentuk semulajadi. Hidung sama pesek macam hidung aku. Bibirnya cantik. Macam bibir aku. Ceh! Perasan. Ibu cantik sangat. Ibu kenapa terlalu awal ibu tinggalkan Arisa. Belum sempat ibu peluk cium dan susukan Arisa. Arisa rindu ibu. Tanpa aku sedar manic-manik jernih sudah membasahi pipi. Atuk peluk aku.
“ Arisa… Jangan sedih ye. Kalau kamu rindu ibu kamu sedekahkan Al-Fatihah untuk ibu kamu. Arwah ibu kamu mesti gembira tengok kamu datang sini. Razif, lepas ni kita bawa Arisa melawat kubur arwah Aina ya? ”
“ Yelah ayah, saya pun memang berhajat nak bawa Arisa melawat kubur arwah. Arisa nak kan? ”
“ Nak ayah!!! Dah lama kan Risa mintak ayah bawa Risa melawat kubur arwah mama kandung Risa. ” Rasa hiba bila aku hanya dapat melihat ibu secara visual. Aku hanya dapat melihat kubur ibu  nantinya. Moga-moga apa yang berlaku ni ada hikmah untuk keluarga kita ya ibu.  Al-Fatihah buat Aina Hannan, ibu kandung  aku. Semoga ibu tenang dan berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Rindu,
Sungguh aku rindu,
Namun mana mungkin rasa rindu mampu terubat,
Mana mungkin kalau dia sudah mati.

Kadangkala aku tertanya-tanya,
Kenapa aku rindu terhadap orang yang tak pernah aku lihat,
Apatah lagi kenal.

Sungguh kalau diberi peluang ,
Aku nak jumpa dia,
Aku nak kenal dia,

Namun mana mungkin jasad kembali bersatu setelah sebati dengan tanah.

No comments:

Post a Comment