“ Rahman… Aku nak mintak tolong kau sikit boleh tak?
” Rahman yang berkira-kira mahu berlalu pergi meletakkan semula buku-buku dalam
genggamannya di atas meja.
“ Mintak tolong apa Pia? Boleh je aku tolong kalau
aku boleh buat. Tapi hang jangan duk mintak tolong pelik-pelik pulak. ” Aku
tersenyum. Mujurlah ada Rahman. Rahman merupakan rakan satu praktikum aku juga.
Dia seorang yang boleh aku percayai lebih-lebih lagi dia lurus bendul. Aku tanya
sepatah dia jawab sepatah. Aku minta tolong satu dia tolong lebih dari satu.
Lucu juga mamat ni. Maklumlah orang Utara.
“ Boleh tak hang bagi ni dekat Ash? Bilik hang
sebelah bilik dia kan? ” Aku menghulurkan satu bungkusan kertas bewarna coklat
kepada Rahman.
“ Oh… Tu je ka? Aku ingat apa tadi? Tapia pa benda
alah ni? Bukan bom atom ka? ”
“ Banyaklah hang punya bom atom. Kalau nak bagi
mamat sewel tu bom atom dari dulu lagi aku dah pi bagi. ”
“ Kalau macam tu sekrang jugak aku pi bagi lagu ni
kat dia. Karang dia balik, tak dapat aku nak bagi benda alah ni kat dia. Aku
pergi dulu lah.” Rahman mengangkat kembali buku-buku yang diletakkan di atas
rak tadinya.
“ Em… Thanks tau. ” Aku mengukir senyum kepada
Rahman.
“ Tak dak hal lah. Bye Pia, ada rezeki panjang umur kita jumpa lagi ya. Mana tau dapat
universiti sama dengan hang lepas ni. ”
“InsyaALLAH.. Bye Rahman. ”
Aku membelek-belek kaca mata milik Ash yang sengaja
aku curi sewaktu di makmal Fizik. Aku pun tak tahu kenapa tangan ni gatal
sangat nak curi barang milik orang lain.
Mungkin kerana rasa rindu. Aku sengaja simpan kaca mata milik Ash sampai ke
hari ini. Memandangkan hari ini hari terakhir aku bergelar seorang pelajar
matrikulasi, aku berkira-kira mahu pulangkan semula kaca mata ini kepada
pemiliknya. Sebelum membalut kaca mata tersebut, aku sempat mengucup dan
memeluk kaca mata tersebut. Sungguh aku rindu terhadap pemiliknya.
‘Ash… Lepas ni aku mesti rindu kau. Entah bila kita
nak jumpa lagi… Aku dah maafkan kau Ash. Aku harap kau sentiasa bahagia dengan
pilihan kau. Kau pun doakan lah aku dapat lupakan kau ya. Kau merupakan
kenangan terindah selama setahun aku berada di sini. Kalau tak ada kau mungkin
perjalanan hidup aku di sini tak seceria ini walaupun pada akhirnya aku yang
terpaksa menahan sakit. Aku percaya dengan jodoh. Kalau ada jodoh kita pergi
sejauh mana pun kita akan dipertemukan oleh takdir semula. ’
Sementara menunggu ayah datang menjempu aku untuk
pulang, aku berjalan-jalan sebentar di bumi KMS ini. Walaupun setahun aku
menyambung pelajaran di sini setelah aku memutuskan untuk menolak tawaran ke
Ireland, aku memutuskan untuk menyambung pengajianku di sini gara-gara marah
dengan mama dan aku sememangnya tak ada hati nak sambung pengajian dalam
jurusan perubatan. Di sini aku belajar untuk jadi kuat. Di sini aku belajar
erti cinta. Aku belajar erti menyayangi dan disayangi. Di sini jualah aku rasa
dikecewakan. Walaupun hanya setahun, banyak yang telah aku pelajari. Aku kira aku jadi lebih matang di sini.
Mungkin memang benar, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih
KMS kerana beri aku rasa semua ni dan beri aku peluang untuk belajar di sini.
Aku janji setelah aku bergelar seorang yang berjaya aku akan kembali.
“Aaaaarghhhhhh!!!!!! ” Aku lepaskan keluhan panjang
dengan pakej air mata.
“ Maka dengan ini aku tinggalkan segala kenangan aku
pada kau KMS. Biarlah segala-galanya terkubur di sini.” Aku pejam mata. Aku
tarik nafas dalam-dalam. Aku kesat air mata yang masih lagi bersisa. Aku
mengukir senyuman. Rasanya lebih baik daripada sebelum ini. Cukuplah sampai
sini aku menangis. Aku takkan menangis lagi. Aku akan hadapi segala dengan
secebis kematangan yang aku peroleh di sini.
No comments:
Post a Comment