Bab 15
Tahniah
permohonan anda dalam bidang Ijazah
Sarjana Muda Sains Forensik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Universiti Sains Malaysia telah berjaya. Sila Klik link di bawah untuk mengesahkan
penerimaan dan penolakan tawaran.
Yeay!!!! Aku bersorak keriangan kerana permohonan aku untuk
melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda telah berjaya. Alhamdulillah
aku dapat pilihan pertama aku. Alhamdulillah. Sekarang aku hanya perlu pilih
UKM atau USM. Mana-mana pun sama bukan memandangkan di kedua-dua universiti
tersebut aku dapat tawaran untuk jurusan yang sama. Ayah mesti suka ni. Belum
sempat aku telefon ayah telefon bimbitku sudah berbunyi. Ni mesti panggilan
dari ayah. Nak tanya aku dapat universiti mana lah ni.
“ Hello
ayah!!! ”
“ Amboi ceria betul suara anak ayah ni. Ada apa-apa
ke ni? Adik ayah on the way balik
rumah mak tua ni. Dengan mama dan kakak sekali. ” Mana tak ceria, aku teruja
kot dapat tawaran masuk universiti idaman aku. Rasa macam nak bagitahu satu
kampung.
“ Oh yeke, em nanti adik suruh mak tua masak
sedap-sedap. Ada berita gembira ayah… Tapi alang-alang ayah nak balik sini,
nanti je lah adik bagitahu. ” Aku kira bagitahu berita ni depan-depan baru
syok. Hmm, tapi yang tak syoknya ada mama. Mama mesti tak suka dengan berita
ni. Ah tu belakang cerita lah, insyaALLAH dah kalau mama nak ikut tengok aku
kat rumah mak tua, mesti dia dah boleh terima aku. Aku sedapkan hati aku.
“ Yelah ayah drive
dulu… ” Belum sempat aku beri salam ayah sudah putuskan talian.
“ Mak tua!!! Masak asam pedas ikan merah. Ayah
dengan mama nak balik. ” Cucu bertuah betul aku ni. Aku yang nak makan boleh
pulak aku cakap ayah suruh masak. Asam pedas mak tua aku ni asam pedas paling
sedap di alam semesta. Hiperbola betul hehe.
*****
“ Aku tak peduli! Kau kena ikut cakap aku. Kau kena
pergi interview tu. Tolak dua-dua
tawaran kau dapat tu. Faham? ” Mama bertergas sampaikan aku mahu mencelah pun
tak diberi peluang. “ Dulu kau tolak tawaran pergi Ireland tu, kau buat
keputusan sendiri nak masuk matric aku masih boleh sabar lagi. Sekarang kalau
kau bertegas nak ikut kepala kau, tengoklah apa aku boleh buat. ” Mama ugut
aku. Mahu menjerit sahaja rasanya kala ini. Aku mengepal penumbuk. Aku tarik
nafas dalam-dalam. Aku cuba bersabar. Ya Allah beri aku kesabaran.
“ Ayah…. ” Aku cuba raih sokongan ayah.
“ Abang jangan nak manjakan lagi anak kesayangan
abang ni. ” Mama mengugut ayah. Entah kenapa ayah bagai lembu dicucuk hidung.
Tunduk sahaja dengan segala kemahuan mama. Aku menarik lengan ayah bagi
memujuknya namun mama sentap tangan aku dari ayah. Aku pandang wajah mama.
Bengis wajah itu. Terpancar kebencian pada wajah itu. Entah kenapa hati aku
sungguh tak mahu terima aturan mama untuk aku. Ini hidup aku, aku berhak untuk
memilih. Aku tidak mahu impian aku untuk bergelar mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia sejak aku berusia empat tahun lagi terkubur apatah lagi aku
sudah selangkah menggapai cita-cita aku.
“ Kalau adik pergi interview tu pun belum tentu dapat sebab minat dalam hati ni
langsung tak ada ma. ” Aku tak akan mengalah dari meyakinkan mama dengan
pilihan aku.
“ Kalau dulu interview
pergi Ireland tu kau boleh dapat sekarang kenapa tak. Ke kau dah plan sengaja
tak nak dapat. Kau nak jadi anak derhaka sekali lagi ke?! ”
“ Mama bukan Tuhan yang dapat tentukan segenap inci
perjalanan hidup orang lain dan yakin aturan tu jadi kenyataan. Mama bukan
Tuhan. Ingat tu. Bagi adik bukan derhaka
kalau kita cuba pertahankan hak kita. Bukan derhaka kalau kita buat pilihan
selagi mana pilihan tu tak salah di sisi Tuhan. Ini hidup adik ma, dan adik
yang akan tentukan setiap pilihan. Macam mana pun mama rancang kalau adik
menolak, semua tu takkan terjadi. Lagi satu mama jangan ingat pilihan mama je
betul sebab ada masanya kita kena duduk berbincang sama-sama. ” Usai usulku, aku terus melangkah pergi. Berkira-kira
untuk mengurung diri di dalam bilik. Ada baiknya aku berdiam diri dan tidak
berhadapan dengan mama sekarang kerana aku khuatir marah yang aku tahan-tahan
terluah jua.
“ Abang tengok lah anak kesayangan abang ni! Ada
hati nak cakap pasal Tuhan. Baru pakai tudung dah tunjuk alim nak bagi ceramah
pasal Tuhan. Tak sedar diri tu anak derhaka. Arisa Sofea kau ingat sikit, kau
pakai tudung litup kalau adab dengan mak tak reti nak jaga serupa kau tak pakai
tudung lah!!! ”
Tajam kata-kata itu menusuk ke dalam hati. Tumpah
jua air mata yang aku cuba tahan tadinya. Buat kali pertama dalam hidupku, aku
bertegas ikut kemahuan aku. Aku yakin dengan pilihan aku. Kalau sebelum ini aku
ikut kemahuan aku setelah diberi tekanan oleh mama aku kembali menurut
kemahuannya, kali ini aku nekad untuk pilih jalan sendiri. Tuhan maafkan aku.
Meskipun aku tahu aku tak punya restu mama dalam langkah ini namun aku mohon
aku beroleh restunya.
No comments:
Post a Comment