Sunday, May 3, 2015

'Maaf'

Matahari mula melabuhkan tirai. Bulan mula manarik sauh untuk berlayar di malam hari. Aizat masih lagi kemas dalam duduknya. Tangannya masih lagi mengenggam sekeping kertas yang agak lusuh. Sesungguhnya fikiran Aizat masih lagi berlayar dalam masa lalunya. Dia masih belum mahu berpijak di bumi yang nyata. Bagi dia, hidup dalam masa lalu dan kenangan terlalu payah dan beharga untuk ditinggalkan. Sayangnya dia pada kenangan itu. Kalau dia tahu keegoaan akan meranapkan impiannya hari ini. Kalau dia tahu sakit yang dia toreh terhadap insan yang tulus mencinta. Dia tidak akan pilih jalan itu. Kini dia sendiri menanggung penyesalan. Penyesalan yang tidak mampu dibendung.
Gegendang telinga bergetar dek Azan Subuh yang menyapa. Syarifah Sofea menggosok matanya yang masih lagi berat. Dia gagahkan diri untuk bangkit dari perbaringannya. Warasnya diraih. C3 merah jambu di meja studi dicapai. Tertera di skrin telefon ada mesej masuk.
Receive ; 12:18:15 a.m
                 25-09-2013
From ; Aizat Classmate
Seram sejuk badan Sya sebaik sahaja membaca nama pengirim mesej tersebut. Jantungnya laju berdegup. Berdebar. Sesungguhnya dia rindukan mesej daripada lelaki itu. Lelaki yang telah menempa tempat dalam hatinya. Tempat yang terlalu istimewa.  Tanpa berlengah, jarinya pantas menekan punat read pada telefon bimbitnya.
Hi Sya, aku nak mintak maaf dekat kau kalau aku buat kau sedih. Aku takda niat pun. Trust me. Apa yang kau rasa sekarang, macam tu la aku rasa. So tak perlu aku explain macam mana rasanya kan . Kau mesti pelik kenapa tiba-tiba macam ni kan. Actually, im thinking that I had to make a gap between me and you, because the more closer I am to you, the more feeling I gain towards you. Aku tak nak harapkan apa-apa.Aku jadi takut. You change me you know.Whatever it is, I just want to let you know, you are the best ever thing that ever happen to me. I didn’t mean to hurt you.
Air mata Sya mula menitis. Sakit. Pedih.
‘Pernah ke kau rasa apa aku rasa Zat… Kalau itu kemahuan kau aku akan cuba jauhkan diri dengan kau. ’
Sya kentalkan sahaja hatinya. Baginya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah kerana Tuhan Maha Adil. Dia mulakan harinya dengan keceriaan untuk mengubat hatinya namun dia tidak dapat menafikan yang dia tetap rasa sakit setiap kali berhadapan dengan Aizat. Aizat dengan sengaja menafikan kehadiran Sya seolah-olah Sya tidak wujud di hadapannya. Sukarnya untuk menghakis perasaan tersebut walhal Sya baru sahaja mengenali Aizat tidak sampai tiga bulan.
Sewaktu pulang dari kelas, Sya menghantar mesej kepada Aizat. Sya menyatakan hasratnya untuk bertemu Aizat sebentar. Ada perkara yang perlu mereka selesaikan. Cafe Carina menjadi saksi perbincangan  empat mata antara mereka. Pertemuan yang dijangka hanya sekejap menjadi lama. Pelbagai penjelasan dan penerangan Aizat beri kepada Sya. Sya pula tidak mengalah untuk memujuk Aizat. Mamujuk agar mereka boleh kembali seperti biasa. Sesungguhnya Sya tidak mahu jauh dengan Aizat kerana dia takkan mampu. Dia mengaku kepada Aizat yang dia sudah terlanjur menyayangi Aizat. Sesi  luahan perasaan antara mereka berlaku. Di akhir pertemuan itu mereka mencapai kata sepakat untuk kembalikan hubungan mereka seperti dahulu. Just follow the flow bak kata Aizat. Sya memberi sekeping kertas yang tertulis luahan perasaannya terhadap Aizat. Aizat tersenyum membacanya di hadapan gadis yang mula mengetuk pintu hatinya. Aizat pula menghadiahkan sweater kesayangannya kepada Sya.
“ Sya.. Bila kau rasa jauh dengan aku, pakai sweater tu…Then you’ll realize I’ll be there for you.”
Sya tersenyum manis. Dia sungguh gembira kerana keruh dalam hubungan mereka kini mampu dijernihkan kembali dengan usahanya dan yang penting, dengan izin ALLAH.
                                                                         *****
“ Dia sebenarnya dah ada girlfriend Sya… Kau tak payah lah seksa perasaan kau tunggu dia lagi. Life must go on kan. Tak payah lah tunjuk kau terhegeh-hegeh kat dia. ”
Sya menangis lagi. Sakitnya hati. Luka. Pedih. Berdarah. Hancur. Patutlah dengan tiba-tiba sahaja Aizat menjauhi dan berubah. Setelah apa yang dia lakukan Aizat ternyata tidak merasakan apa yang dia rasakan. Aizat seolah-olah menganggap dia hanya boneka yang boleh dijadikan untuk menjadi teman bermain bila diperlukan. Mahu sahaja dia membenci namun dia tetap mencinta. Sya tekad untuk tidak lagi jadi pengemis cinta. Dia berazam untuk jadi wanita yang sempurna. Wanita yang didamba semua lelaki. Dia mahu Aizat tahu yang dia bukan wanita yang lemah. Dia mahu Aizat tahu bahawa dia wanita hebat.
                                                                         *********
“ Sya… ”
Sya berpaling ke belakang apabila mendengar namanya diseru. Dia agak terkejut kerana ternyata orang yang menyeru namanya adalah Aizat. Cinta masa lalunya. Aizat yang telah menutup pintu hatinya untuk bercinta sehinggalah datang seorang insan bernama Lutfi.
“ Yes… May I help you Aizat? ”
Sya menghulurkan senyum manis kepada Aizat.
“ You recognize me? ”
“ Well, siapa tak kenal kawan lama kan? Hi! ”
“ Yes… Hi too. At first I got confused does it Sya my old friend. Haha ”
“ Why?”
“ Nothing… By the way, nice to see you. You look really woman now. ”
“ Oh.. Dulu very girl eh? Nice to see you too…”
“ Haha… Dulu comel now cantik.”
“ Thanks. By the way you buat apa kat sini? ”
“ I saja tenangkan fikiran. Tengok lampu-lampu banayk ni. Em … May I sit beside you?”
“ Oh you may…”
“ Sya… You buat apa kat sini dengan banyak  barang-barang ni. ”
“ Of course lah I shopping.”
“Yela shopping but siapa je after shopping duduk kat atas lantai ni tengok lampu. ”
“ Ouh. I saja duduk sini. Sit at the cafĂ© was too mainstream. Haha. ”
“ Oh.. I see.. Banyaknya you beli barang? Sya.. I tak sangka I jumpa you kat sini dalam keadaan macam ni. ”
“ Keadaan apa maksud you? ”
“ You guess what Sya? I dah lama cuba cari you. At the end kita dipertemukan kat sini. Didn’t you think it is a jodoh? ”
“ Sorry Aizat. That was an old story. I tak ingat dah pun. Back to your question, banyaknya I beli barang right? Actually I bought all this thing for hantaran for my future husband. I duduk sini pun sebab I tunggu dia. ”
“Hai sayang? Sorry im late, client I lambat tadi. Oh ya siapa ni sayang? ”
“ This is my old friend… Aizat… Aizat this is my husband to be Lutfi… ”
                                                                        *****

Sesungguhnya, cinta adalah penyatuan dua jiwa. Jiwa yang tulus mencintai. Jiwa yang bersedia untuk jujur. Jiwa yang bersedia untuk ada di kala susah dan senang. Jiwa yang merasakan cinta bukan untuk disakiti. Pada akhirnya yang sakit akan terubat dan yang menyakiti akan terus disakiti. What you do you’ll get back. Bukan karma tapi lumrah!

No comments:

Post a Comment