Monday, May 11, 2015

My Love From Another Star (Bab5)

“ Adik…. Tahniah! Tadi guru kelas adik cakap adik dah banyak peningkatan. Dia cakap semua subjek adik skor kat kelas. Tahun depan naik kelas. ”
Aku diam sahaja. Pandangan aku tertumpu pada kereta yang lalu-lalang.
“ Kenapa diam je ni.  Kakak pun kenapa diam je ni. Semua dah tak nak cakap dengan ayah ke.”
“ Tak ada apa-apa lah ayah. Kakak tengah marah dengan kawan kakak je.”
“Oh… Patutlah…Adik pulak ? ”
Aku diam lagi.
“ Hei dah tak tahu nak jawab ke ayah tanya tu, ke dah bisu! ” Hati yng marah bertambah marah lagi dengan provokasi kakak. Perangai dia sebiji macam mama sekarang bila Azim, kawan sekelasnya menyatakan hasrat untuk berkawan rapat dengan aku. Cemburu gamaknya. Tak faham aku kenapa dia perlu cemburu.
                                                                         ******
“ Hai Arisa! ”
“ Hai Azim…” Aku menguntum senyum kepada Azim.
“ Amboi Azim, sejak ada adik aku ni, kau dah macam tak nampak aku je kan. ” Aku lihat mulut kakak sudah muncung. Dia buat muka.
“ Mana ada Fira… Aku nampaklah, aku cuma nak baik-baik dengan adik kau ni. Maklumlah budak baru. Lagipun kan dah selalu aku cakap dengan kau. Bagi chance la sikit aku nak mesra-mesra dengan adik kau. ”
“Dah lah aku nak pergi dulu,kau nak mesra sangat kan pergilah! ” Kakak meninggalkan aku yang sedang enak menikmati mee bandung di kantin sekolah.
Aku jadi geli-gelemen dengan sikap mengada-ngada Azim ni. Makin hari makin menjadi-jadi pulak dia. Kakak pulak semakin dingin dengan aku. Semua kau punya pasal Azim. Benci betul aku. Sebab kau kakak dah tak layan aku dengan baik kat sekolah. Sebab kau kakak banyak mengadu benda-benda yang tak betul kat mama. Akibatnya, aku yang dirotan mama tanpa soal selidik. Semua cakap kakak mama percaya bulat-bulat.
                                                                           *****
“ Adik!!! ” Jeritan mama buat aku terkejut. Aku bingkas bangun mendekati mama. Kerja sekolah aku tinggalkan sebentar di atas meja.
“Ya ma… ”
“Kau buat apa tadi kat sekolah?! ”
“Buat apa? Tak ada buat apa-apa. Belajar je tadi kat sekolah. ”
“ Kau jangan nak tipu aku….Jawab sekarang atau….” Mama tidak menghabiskan ayatnya. Dia mencapai rotan yang disangkut pada dinding rumah.
“ Sumpah ma!!! Adik tak buat apa-apa pun…..” Air mata sudah mula membasahi pipi.
“ Kau nak main sumpah sumpah ya!!! Sini tangan yang gatal pegang-pegang dengan lelaki tu. ” Mama menarik tangan aku. Aku melawan kembali sebab aku rasa aku tak buat salah.
“Mana ada!!! Adik tak buat pun!!! ” Aku mempertahankan diri dengan kudrat yang tak seberapa.
“ Kau nak melawan ya!!!” Tanpa belas kasihan mama merotan badan aku berkali-kali. Aku memohon belas namun mama langsung tidak menghiraukan. Ayah pula belum balik kerja lagi. Kalau ayah ada mesti ayah akan tolong aku. Aku tahan pedih dirotan. Aku menangis semahu-mahunya. Tuhan kenapa tak tolong aku sedangkan kau tahu aku tak salah. Kau biarkan orang yang tak bersalah dianiaya.
                                                            *****
“ Zira….Tengok ni penyata adik. Adik dapat nombor tiga tau dalam kelas. ”
Mama diam sahaja seolah-olah tidak berminat untuk mengetahui prestasi pelajaran aku.
“ Ala… Setakat nombor tiga dalam kelas paling bodoh tu apa lah sangat. Kakak petik jari pun boleh buat. ”
“ Kakak!!! Kenapa cakap macam tu….” Ayah meninggikan suaranya.
“ Eh abang nak marah anak saya dah kenapa! Ada betulnya apa Fira cakap tu. Tak payah nak banggakan sangatlah. Entah-entah dia dapat nombor tiga pun sebab meniru. Mana logik bang budak yang tak tau baca macam dia ni tiba-tiba jadi pandai!!! ” Inilah sikap mama dari dulu samapi sekarang. Ada sahaja yang tak kena pada matanya tentang aku. Semua aku buat salah. Tak ada yang betul. Dia boleh cakap aku meniru padahal siang malam aku bertungkus-lumus belajar untuk jadi pandai semata-mata nak ambil hati dia. Sabarlah wahai hati.
“Zira!! ”
“ Apa?! Abang nak marah saya pulak. Dah lah Fira jom kita tinggalkan anak beranak ni. ” Mama menarik tangan kakak dan berlalu meninggalkan aku dan ayah.
“ Ayah…. ”
“ Ya sayang….” Ayah mendekati aku dan memeluk aku erat.
“ Boleh adik duduk dengan mak tua lagi macam dulu… ” Aku mula menangis lagi.
“ Kenapa ni adik… Tiba-tiba je ni… Adik dah tak nak duduk dengan ayah? Dah tak sayang ayah? ”
“ Bukan… Bukan… Adik dah tak tahan duduk sini makan hati. Dari terus makan hati dan nanti jadi dendam, baik duduk dengan mak tua macam dulu….”
“ Ayah minta maaf ya adik….Nanti ayah fikirkan dulu macam mana.”
“ Adik harap ayah bagi adik duduk dengan Mak Tua.” Ayah mengusap-usap lembut rambut aku. Kasih sayang dia yang buat aku bertahan hingga hari ini.
“ Sekarang adik tidur dula ya…. Esok ayah hantar adik balik rumah Mak Tua. ” Aku mengangguk lemah tanda akur.
                                                                   *****
“ Abang…. Jaga anak kita baik-baik bila dia lahir nanti ya… Saya amanahkan dia pada abang…” Aina mengulum senyum kepada suaminya. Manis senyumannya.
“ Kenapa Aina cakap macam tu… Macam nak tinggal abang je. ”
“ Aina cakap je abang… Nanti kalau anak kita lahir abang bagi nama Arisa Sofea tau… Aina suka nama tu…. ”
“ Eh tau tau je anak kita perempuan. Kita bakal dapat baby boy lah sayang. ” Razif mengusap-usap lembut perut Aina.
“ Aina tau lah. Kan Aina yang mengandungkan dia.”
“ Ala… Abang nak baby boy jugak!” Aina tersenyum.
“ Abang… Macam mana dengan Fira dan anak abang. Dia orang berdua sihat? ”
“ Sihat sayang…” Wajah Razif berubah.
“ Kenapa lain muka tu. Ada masalah dengan Fira ke? ”
“ Aina ni macam dapat baca je fikiran abang kan. Entahlah Aina, Fira tu bila abang balik, nak mengamuk je kerja dia. Abang pun tak faham. ”
“ Macam ni lah abang. Cuba lepas ni abang luangkan masa sikit dengan dia. Bawak dia bercuti ke. Mungkin sejuk sikit hati dia. ” Aina tersenyum manis memandang suaminya. Azif memandang Aina. Sungguh dia kagum dengan kemuliaan Aina. Aina isteri yang baik. Meskipun mengetahui bahawa dia berkongsi suami namun dia tak pernah menjadikan perkara itu alasan untuk memarahi suaminya. Dia isteri yang sangat memahami. 
“ Aina mana mungkin abang nak bawa Fira pergi bercuti dalam keadaan Aina sarat mengandung ni. Abang nak selalu ada dengan Aina….” Razif memujuk hati isterinya. Dia tahu isterinya terluka.
“ Tak apa abang… Aina faham… Abang cuba pujuk Fira ya. Luangkan sikit masa dengan dia… Lagi pun abang cakap haritu Fira tak sihat kan. ”
“ Hmm, dia tengah sakit pun dia masih boleh nak menyinga. Tu yang abang pelik. Haritu dia tiba-tiba tak boleh buka mata masa bangun tidur. Dia boleh mengamuk sampai semua barang dia campak.”
“ Macam tu sekali ke bang. Macam serius je Aina dengar. Dia sakit apa sampai tak boleh buka mata bang… ”
“ Abang pun tak tau Aina. Doktor cakap jangkitan kuman kat mata. Lepas jumpa pakar hari tu, okay sikit dah. Dah lah Aina, jom tidur. Abang mengantuk ni. Baby tu pun dah mengantuk tu.”  Razif memuluk tubuh Aina. Erat.

“ Abang ni kita baru nak ajak dia cerita dah nak tidur pulak.” Aina sempat lagi membebel. Razif meleraikan pelukannya. Bibir Aina dikucup lembur diikuti dengan mata dan dahi isterinya. Aina tersenyum. Dia bahagia.Harapannya bahagia malam mini menjanjikan bahagia hari esok dan seterusnya. Sungguh dia syukur dengan nikmat Tuhan. Setelah disahkan mengalami keguguran beberapa bulan lepas,dia disahkan hamil kembali sebaik sahaja isteri pertama suaminya melahirkan anak sulungnya. Rezeki Tuhan gamaknya. Semenjak bernikah dengan Razif, dia pula semakin sihat. Dia tidak perlu menjalani kemoterapi lagi setelah simpton-simpton leukemia pada tubuhnya tidak lagi kerap menyerangnya. Doktor yang merawatnya turut kagum dengan keadaan kesihatan dirinya. Sungguh ajaib. Bukan ajaib sebaliknya ini kuasa Tuhan. Kun Fayakun, jadi maka jadilah. Baginya ini semua rezeki Tuhan. Tuhan masih sayangkannya. Tuhan masih beri peluang kedua kepadanya untuk terus hidup. Terima kasih Tuhan atas nikmat yang tak terhingga Aina memejamkan mata. Bibirnya mengukir senyum. Air mata syukur menitis jua. Perutnya yang memboyot diusap lembut.
“ Arisa Sofea. Jadi anak yang baik. Mama harap kelahiran kamu bawa kebaikan kepada semua orang. Kamu anugerah terindah Tuhan buat mama. Meskipun doktor mengesahkan mama tidak boleh hamil lagi selepas menjalani beberapa rawatan kemoterapi,tapi ternyata kuasa Tuhan tak mampu disingkap. Dia berikan kamu pada mama. Mama yakin keajaiban ini satu tanda yang baik buat keluarga kita. Jaga diri ya sayang.”

No comments:

Post a Comment