“ Zira… ” Razif
mendekati isterinya yang sedang menangis di meja solek .
“ Maafkan abang…Kenapa buat adik macam tu. Sebelum
ni Zira tak ada pulak macam tu. ” Nazirah Aisya memandang tepat ke wajah
suaminya. Tajam. Wajahnya penuh dengan dendam dan kebencian. Razif mencapai
tangan isterinya bertujuan untuk meredakan kedinginan antara mereka namun
Nazirah Aisya merentap kasar tangannya.
“ Abang cakap kenapa? Kenapa?! Sebab dia dah tau
benda betul lah saya tak payah nak berlakon macam ibu kandung dia. Saya dah
penat. Saya dah tak tahan menahan rasa sakit. Tiap kali saya tengok muka dia
saya teringat macam mana sakitnya bila saya tau abang dah khianati saya. ”
Razif meraup wajahnya. Rambutnya nampak kusut
sedikit persis kekusutan yang melanda hari ini.
“ Zira… Itu benda lama. Tak payah lah Zira simpan
dendam lagi. Kalau Zira nak marah sekalipun, marah abang bukan adik. Dia tak
tau apa-apa pun Zira. Cuba awak bayangkan kalau awak kat tempat dia. ”
“Apa?! Bayangkan saya kat tempat dia?! Pernah ke abang bayangkan kalau abang kat tempat saya? Pernah? ”
“ Maafkan abang ” Razif tertunduk lemah. Dia
mengerti bahawa isterinya masih menyimpan rasa marah terhadapnya meskipun
perkara itu telah berlaku bertahun-tahun lamanya. Bukan dia pinta untuk jadi
begitu. Perkahwinannya dengan Aina Hannan sungguh tidak dirancang. Setelah sah
dia bergelar suami kepada Nazirah Aisya, takdir menemukan dia dengan cinta
pertamanya, Aina Hannan. Dia tidak mampu menyangkal perasaan cintanya yang
masih tebal terhadap Aina Hanna lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui bahawa
Aina Hannan sedang menderita penyakit leukemia dan tak mampu hidup lama. Sewaktu dia mengetahui kebenaran
itu, baru dia mengerti sebab utama wanita itu meninggalkannya secara tiba-tiba
sewaktu mereka menjalinkan hubungan cinta. Tanpa berfikir panjang, Razif telah
mengambil keputusan untuk menikahi cinta pertamanya tanpa pengetahuan
isterinya, Nazirah Aisya. Dengan kuasa dan takdir Tuhan, Aina Hannan disahkan
mengandung sebaik sahaja Nazirah Aisya melahirkan anak sulungnya. Sesungguhnya ini semua perancangan Allah.
Jodoh dan rezeki yang telah dia tentukan.
“ Maaf? Senangnya abang cakap maaf. Abang tak tau
yang saya terluka. Sampai hari ni bang, saya masih rasa sakit tu. Rasa sakit tu
semakin bertambah tiap kali saya tengok muka anak abang dengan perempuan tu.
Saya tau adik tak bersalah tapi saya tak boleh tipu diri saya. Saya benci dia! ”
*****
*****
“ Kakak… Jaga adik tau. Nanti waktu rehat kakak
rehat sama-sama dengan adik ya.” Ayah berpesan kepada kakak sebaik sahaja kakak
mencium tangan ayah.
“ Adik… Belajar betul-betul tau kat sekolah baru ni.
Adik jadi murid yang baik. Belajar pandai-pandai. Kalau ada apa-apa nanti
bagitau kakak ya. ”
Giliran aku pula menerima pesanan dari ayah. Aku
mencium tangan ayah seperti kakak. Tidak sabar rasanya mahu masuk ke kelas dan
dapat kawan-kawan baharu. Impian untuk aku bersekolah di sekolah bandar ternyata
sudah tercapai. Aku memulakan hari pertama aku di sekolah baharu dengan
senyuman. Kakak memimpin aku masuk ke sekolah.
“ Hai korang, ni adik aku Arisa Sofea. ” Kakak
mengenalkan aku kepada kawan-kawan sekelasnya.
“ Hai Fira! Oh ni lah adik kau yang kau cakap dia duduk
dengan nenek kau tu ya? ”
“ Haah.”
“ Oh hai sapa nama tadi? ”
“ Arisa Sofea. Panggil Arisa je. ”
“ Hai Arisa! ”
“ Hai…” Aku menghulurkan senyum manis kepada kawan
kakak. Seronoknya dapat kawan baharu.
“ Urmmm… Adik jomlah kakak bawak adik masuk kelas.
Kejap lagi loceng bunyi ni. Azim nanti kita jumpa kat kelas. Aku nak hantar
adik aku dulu ni. ”
Azim! Nama kawan kakak tadi tu Azim lah agaknya. Dah
kakak panggil dia dengan nama Azim. Aku tersenyum. Handsome jugak kawan kakak tu. Tak sangka ramai budak-budak lelaki
yang handsome kat sekolah bandar ni. Sukanya aku dengan sekolah baharu ni.
Sekolah baru. Azam baru kononnya.
******
“ Adik macam mana tadi kat sekolah?”
“ Adik macam mana tadi kat sekolah?”
“ Best sangat ayah sekolah baru. Cikgu baik sangat.
Ajar adik satu-satu yang adik tak faham tu. Kawan-kawan pun baik je.
Kawan-kawan kakak pun baik dengan adik. ”
Aku tersenyum. Lebar sampai ke telinga gamaknya.
“ Amboi semangatnya cerita dengan ayah. Alhamduillah
kalau semuanya okey. Adik belajar rajin-rajin tau. Jadi budak pandai. ”
“Okey ayah! Adik janji adik akan jadi budak pandai.
Adik akan belajar je. ”
Aku tersengih memandang ayah. Aku memulakan latihan
membaca yang diajarkan oleh Cikgu Aklima di sekolah tadi. Satu persatu aku
mengeja suku kata. Aku lakukan latihan membaca dengan bersungguh-sungguh.
“ Ehem… Orang lain umur sepuluh tahun dah tau buat
karangan, kau baru nak start belajar membaca ke? ”
Entah dari mana datangnya suara mama. Sinis sahaja
nada suaranya. Terasa aku dengan sindiran sinisnya namun aku abaikan sahaja.
Ayah pula tertunduk diam apabila mama menyindirku sebegitu rupa. Langsung tidak
menyebelahi atau menyokong aku. Ayah hanya megulum senyum kelat kepadaku. Apa
lah nasib wahai badan. Aku kuatkan hatiku. Aku kebalkan telinga dengan kata-kata
nista. Aku teruskan lagi latihan membaca aku dengan gigih sambil ditemani manik-manik
jernih. Tuhan tolong buat aku tahu baca. Biar mama tahu aku juga boleh jadi
pandai. Biar dia suka aku. Biar aku jadi anak yang dia banggakan.
“ Adik… Dah pukul sebelas ni. Esok sekolah kan.
Kakak pun dah tidur. Nanti esok susah nak bangun. ”
“ Em… Nantilah. Tak ngantuk lagi. ”
“ Adik nangis ya? ”
“ Tak adalah. ”
“ Ayah tau adik nangis kan. Terasa dengan mama kan. ”
Aku mengangguk lemah. Tanpa aku sedari tangisan yang
sudah reda tadinya lebat kembali. Ayah meletakkan surat khabar yang dia baca
tadi dan bangun mendekati aku. Aku dia peluk aku.
“ Sabar ya sayang. Adik kena sabar dengan mama. Ayah
tak mampu nak buat apa-apa. Semua salah ayah. Insya-Allah kalau adik sabar dan
selalu doa yang baik-baik untuk mama, satu hari nanti dia boleh terima adik.
Kita sama-sama doa ya. ”
Aku pandang ayah dengan tangisan yang masih
bersisa. Aku lihat air mata ayah
mengalir. Sayu. Sungguh aku tak pernah nampak ayah menangis.
“Ayah… Mama kandung adik tu jahat sangat ke sampai
mama tak boleh terima adik. ”
Tersedu-sedu aku mengeluarkan kata. Pelukan ayah
semakin erat.
“ Tak sayang mama kandung adik baik sangat. Dia
orang yang paling baik pernah ayah jumpa. Tak ada satu kekurangan pun bagi
ayah. Dia sempurna. Yang salah tu ayah bukan dia. Dia yang dihukum dengan
kesalahan yang ayah buat.”
Manik jernih mengalir lagin dari tubir mata ayah.
Aku tak mampu berkata apa-apa. Dengar sahaja cerita ayah aku tahu ibu kandungku
seorang yang sangat baik. Ya Allah semoga dia tenang di sana. Sungguh aku
merinduinya. Aku rindu terhadap insan yang hanya aku kenal nama dan statusnya.
“ Nanti ayah cerita lagi tentang mama kandung adik
ya. Tapi bukan sekarang. Sekarang adik kena masuk tidur dulu. ”
Aku mengangguk lemah. Aku kemas buku-buku dan alat
tulisku. Aku salam ayah dan masuk ke bilik. Aku cuba baring dan tidur namun
mataku tidak mahu tidur. Aku capai buku dan aku mulakan lagi latihan membaca
yang tadinya terhenti.
“ Dah kenapa terang lampu bilik ni. Tak tau nak
tutup lampu. Membazir tau tak?! ”
Terkejut juga aku apabila mama tiba-tiba sahaja
masuk ke dalam bilikku dan memaraahi aku. Tanpa sempat aku berkata apa-apa,
lampu bilik sudah dipadamkan dan kedengaran bunyi hempasan pintu. Gelap. Aku
cuba lagi untuk tidur namun mataku tetap degil. Aku bangun perlahan-lahan aku
menuju ke meja di sebelah katilku. Aku buka laci mejaku dan aku capai lampu
suluh kecil. Aku buka lampu tersebut dan menuju ke katil. Aku mulakan lagi
bacaan yang kali kedua terganggu. Bersungguh-sungguh aku belajar membaca dengan
harapan aku jadi budak pandai esok harinya. Amin!
No comments:
Post a Comment