Aku Iris Daniela Danielle. Ramai orang tanya aku
bangsa apakah aku? Agama apakah aku?Aku asal mana?. Sampai penat aku nak jawab.
Manusia kan suka jaga tepi kain orang lain. Tapi tak mengapa,jawab je lah kan.
Bukan susah pun. Lagipun aku faham sangat. Aku kan glamor. Siapa je tak nak
tahu pasal aku di UM ni. Sebut sahaja nama Iris Daniella, siapa tak kenal kan.
Bunyi macam bongkak dan sombong. Memang pun. Itulah aku kalau kau orang semua
nak tahu.
Okay, back to
the question tadi. Aku ni bangsa
apa? Actually aku ni macam-macam
bangsa. Mak aku berbangsa Iban. Ayah aku berbangsa Kadazan. Nenek belah mak aku
berbangsa Cina. Nenek pulak kahwin dengan atuk yang berbangsa Iban. Nenek belah
ayah aku pula berbangsa Arab dan berkahwin dengan atuk aku yang berbangsa
Kadazan. Complicated kan. Memang pun.
Aku yang menjawab ni pun naik pening kadang-kadang bila nak jawab ssoalan
tentang susur-galur keluarga aku. Tapi kena jawab juga lah kan memandangkan
orang sibuk-sibuk nak ambil tahu.
Second question, agama apakah yang aku anut? For your information aku tak anut apa-apa agama. Aku ateis. Aku tak
percaya Tuhan. Apa yang aku tahu, life is
life. Aku percaya dengan apa yang aku nampak dan aku percaya benda logik
akal sahaja. Bagi aku hidup adalah hidup. Mati adalah mati. So selagi aku masih
bernyawa. Why not im just feel it.
Hidup ini Cuma sekali,so aku takkan
sia-siakan hidup aku. Aku akan isi setiap saat dengan momen-momen kegembiraan.
Third question, aku asal mana? Aku asal Sabah. Lepas
tu mummy
and daddy aku pindah ke Sydney, Australia. To make it simple, aku dilahirkan di Sabah dan membesar di Sydney.
Lepas mummy dengan daddy terkorban dalam satu kemalangan di
Sydney, aku dibawa pulang ke Malaysia oleh atuk dan nenek aku. Sampai lah sekarang,
aku dekat bumi Malaysia. Tanah tumpahnya darah ku.
Now, entah macam mana aku boleh ada kat UM ni ambil
jurusan perubatan. Semuanya perancangan nenek dan atuk. Aku bukan minat mana
pun. Just follow the flow memandangkan
aku ni cerdik . Orang cakap kos aku susah, tapi aku rasa tak adalah susah mana
pun. Depends on people lah kan. Aku
pulak bukan jenis budak studi dua puluh empat jam menghadap buku. Im totally not! It was a hell then.
Dekat sini lah aku kenal dengan macam-macam orang. Couple and clash. Benda biasa pada aku.
Clash? Mestilah sebab aku kan.Bila aku rasa bosan aku mintak break up lah.
Lantak lah orang nak cakap aku playgirl or jalang. Bagi aku selagi tak ada
apa-apa ikatan perkahwinan, aku bebas buat apa-apa pun yang aku suka. Sekalipun
tak pernah aku bazirkan air mata sebab lelaki.
Dekat Sydney dulu aku ada boyfriend. Edward nama dia. Dia baik dan sayang gila dekat aku.
Tak pernah sekalipun dia marah aku. Aku pulak? Em sayang lah juga tapi tak ada
lah tahap gila tu. Biasa-biasa je. Masa aku nak pindah Malaysia, dia sanggup
ikut aku fly ke Malaysia sebab tak
sanggup berpisah dengan aku. Lama-lama bila duduk Malaysia,aku rasa hubungan
kami semakin renggang. Bukan salah dia . Salah aku sebab terlalu capat aku
bosan dengan sesuatu perkara. Yelah dia jauh. Ada pulak lelaki yang baik hati
sangat nak jaga aku. Mestilah aku pilih yang dekat. Susah tu hubungan jarak
jauh. At the end aku cakap dengan
Edward aku nak break up. Bila dia tanya kenapa, aku dengan selambanya cakap aku
suka dekat lelaki Melayu. Aku rasa frust
menonggeng jugaklah dia. Tapi apa boleh buat, soal hati dan perasaan tak
siapa boleh duga.
Salah ke kalau aku nak pilih pasangan yang dekat
dengan aku? Kau orang rasa? Aku pernah belajar konsep hybridization. Dalam konsep ni, pemanasan yang akan dilakukan
menyebabkan ikatan antara dua molekul terputus. Proses ini kemudiannya disusuli
dengan penyejukan di mana ikatan baharu akan terbentuk. Ikaran baharu yang
dibentuk pula hasil gabungan dengan molekul baharu yang terdekat. So macam mana kau orang faham tak?
Terpulanglah nak faham atau tak faham. Ada aku kisah.
Konklusinya kat sini aku nak tekankan konsep hybridization je. Tercakap banyak pula. Guys yang terasa dengan celoteh aku. Sorry ya. Ini hanya rekaan semata-mata
memandangkan aku sangat obses konsep hybridization.
Tu yang mengarut semacam ni. Last but not
least, cerita ini tak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah
meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment