Wednesday, May 6, 2015

My Love From Another Star ( Bab4)

“ Assalamualaikum….Mak Tua!!! ” Aku memeluk tubuh Mak Tua erat. Rindu. Sejak aku tinggal bersama ayah, baru hari ini ayah bawa aku balik jumpa Mak Tua. Mak Tua bukan sahaja berperanan sebagai nenek kepada aku bahkan dia juga seperti seorang ibu yang penyayang. Bapak pula seorang atuk yang sangat-sangat memahami. Dia selalu memanjakan aku. Bukan sekadar memenuhi keperluan material aku seperti ayah, atuk dan mak tua telah menumpahkan kasih sayang yang tulus kepada aku meskipun mereka tahu aku bukanlah cucu kandung mereka. Terima kasih orang-orang baik.
“ Laa… Adik! Dah balik rupa-rupanya. Masya-ALLAH. Rindunya dekat adik. ” Mak Tua membalas pelukan aku. Air mata tuanya tumpah.
“ Mak Tua janganlah nangis. Kan adik dah balik ni. ” Aku senyum sampai ke telinga. Dalam hati, aku sayu melihat air mata Mak Tua yang tumpah. Air mata rindu itu buat aku tahu, masih ada lagi insan yang betul-betul menyayangi aku.
“ Mak Tua…. Bau apa ni? Macam bau hangit je. ”
“ Haa… Adik  lah ni! Makan telur goreng hangit lah kita nanti… ”
“ Alaa… Telur goreng je, mak tua masak lah asam pedas ikan. Tadi ayah ada beli barang-barang masak. Ni ha! ” Aku menghulurkan beg plastik merah kepada Mak Tua sambil tersenyum lebar.
“Amboi… Senangnya hati dia nak suruh kita masak. Kalau macam tu cepat tolong kupas bawang. ” Aduh! Kupas bawang? Memang aku ni ada alahan duduk dapur. Kalau duduk rasa macam tak boleh lebih dari lima minit. Aku tersengih macam kerang busuk. Mak Tua mencebik. Faham lah dia tu. Aku perlahan-lahan menjauhi dapur. Aku lihat Mak Tua sudah mengeleng-geleng. Apa punya budak perempuan lah aku ni. Duduk dapur pun susah. Kalau duduk dapur nak makan hilang alahan aku sekejap tapi kalau nak masak. Bukan aku orangnya hehe.
“ Ayah….” Aku menyapa ayah yang lagi duduk membelek-belek Utusan Malaysia.
“ Hmm…Kenapa sayang? ”
“ Boleh adik tanya? ”
“ Tanya apa ni adik? Boleh je, tapi bukan adik nak tolong Mak Tua kat dapur ? ” Aku geleng kepala. Ayah mengangguk faham. Dia tersenyum.
“ Urmmm… Adik nak tanya pasal mama kandung adik boleh? ” Wajah ayah berubah.
“ Sekarang? ” Aku buat muka kesian. Harap-haraplah ayah cair.
“ Yelah yelah ayah cerita. Apa adik nak tau pasal mama? ” Yes! Cair pun. Siapa je tak cair kalau tengok aku buat muka kesian.
“ Semua.” Siapa lah tak nak tahu pasal ibu kandung sendiri kan. Insan yang Sembilan bulan mengandungkan aku. Bawa aku yang berat macam gajah ni ke hulu hilir.
“ Okay, first sekali ayah nak cerita, mama adik tu baik sangat. Dia sempurna dalam semua perkara. Dia tak pernah bantah satu pun cakap ayah tapi…. ”
“ Tapi apa? ”
“ Mama adik tu sebiji perangai macam adik. Dia tak suka masak. ” Patutlah aku alahan bila duduk dapur. Mama pun alahan juga rupa-rupanya. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi bukan.
“ Ala… Tu je ke? ”
“ Ada banyak lagi… Sabar lah, bagi ayah cerita dulu. ”
“ Tapi ayah, sebelum ayah cerita panjang lebar, adik nak tanya satu soalan. ”
Ayah anggukkan sahaja kepalanya. Akur dengan permintaan aku.
“ Kenapa mama  tak suka sangat dengan mama kandung adik? Ayah cakap mama kandung adik baik.  ”  Muka ayah berubah lagi. Senyuman ayah mati.
“ Adik… Dalam dunia ni baik macam mana pun kita, tak semua orang suka kita. Ingat tu. Lagi pun mama Zira tak suka mama adik sebab bagi dia, mama adik tu perampas ayah dari dia. Padahal, masa ayah nikah dengan mama adik tu, mama adik langsung tak tau ayah dah beristeri. Ayah rahsiakan perkara ini dari kedua-duanya sampai lah….”
“ Sampai apa? ” kali ini aku rasa agak marah dengan ayah kerana kebenaran yang dia ceritakan. Ayah lelaki pengecut kerana sembunyikan kebenaran.
“ Ayah minta maaf ya… Ayah tau adik marah dengan cerita ayah ni, tapi ayah nak adik tau segala-galanya. Cukuplah ayah berahsia selama ni. ”
                                                                       ******
“ Kenapa abang  sebunyikan benda ni dari Aina? ” Aina hanyut dalam tangisannya. Dia sama sekali tak menyangka, lelaki yang dicintainya bukan haknya seorang.
“ Abang takut nak bagi tau Aina perkara sebenar. Sebab kalau Aina tau  abang suami orang, Aina mesti takkan setuju nak nikah dengan abang. Maafkan abang Aina… ”
“ Maaf? Senangnya. Isteri pertama abang tau benda ni? ” Razif mengelengkan kepalanya lemah. Dalam hatinya ada penyesalan. Aina melemparkan senyum sinis kepada Razif. Hatinya hancur ditipu satu-satunya lelaki yang dicintainya.
“ Dan sekarang ni abang nak bagi tau Aina yang isteri pertama abang tu mengandung? Macam tu? Abang nak bagi tau abang kena sentiasa ada dengan isteri pertama abang untuk jaga dia. Macam tu? ” Air mata tak mampu dibendung lagi. Semakin deras bagai hujan membasahi bumi.
“ Maafkan abang Aina. Abang terpaksa sayang. ”
“ Awak jangan panggil saya sayang. Awak balik lah rumah isteri pertama awak. Saya perempuan Razif. Ada penyakit pulak tu. Saya minta maaf kalau tinggikan suara dengan awak. Saya akan cuba faham keadaan awak tapi ingat Razif, sampai bila awak nak tutup kebenaran tu. ” Aina berlalu masuk ke dalam bilik meninggalkan suaminya. Hatinya hancur. Razif biarkan sahaja. Dia tahu Aina perlukan masa. Prang!!!! Razif terkejut tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah dari dalam bilik.
“ Aina!!! Aina!!! ” Razif mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Dia jadi cemas.  Hatinya tambah cemas apabila tidak ada sahutan dari Aina. Razif menerjah pintu biliknya sekuat hati.
“ Aina!!! Kenapa ni? Aina. ” Razif terkejut dengan keadaan Aina. Kain batik yang dipakai isterinya berdarah. Aina sudah tidak sedarkan dari. Kepingan-kepingan kaca daripada gelas yang pecah Razif tolak ke tepi. Aina dia angkat masuk ke dalam kereta.
                                                                                 *****
“ Doktor macam mana keadaan isteri saya? ”
“ Keadaan isteri encik dah kembali stabil tapi maafkan saya encik? ”
“ Maaf kenapa doktor? Yang penting isteri saya selamat.  ”
“ Saya tak dapat selamatkan anak dalam kandungan isteri encik. ”
“ Anak? Isteri saya mengandung ke? ”
“ Encik tak tau ke? Isteri encik mengandung dua bulan. ”
“ Dua bulan?!!! ” Razif terduduk. Sungguh dia kesal.
“ Sabar encik. ” Doktor yang merawat Aina cuba menenangkan Razif.
“ Boleh saya tengok isteri saya sekarang doctor? ”
“ Boleh encik… Tapi jangan kejutkan dia lagi.” Razif mengangguk lemah.
 “ Kenapa Aina rahsiakan dari abang? ”
“ Kenapa? Sebenarnya tadi Aina baru nak bagi tau abang berita gembira ni. Tapi bila abang cakap yang abang dah ada isteri sebelum nikah dengan Aina, Aina jadi sedih sangat. Anak kita pun tak dapat terima kenyataan ni sampaikan dia rela pergi daripada terus disakiti ayah kandungya sendiri.Abang nampak sendiri kan apa yang berlaku. ” Razif memeluk tubuh dingin isterinya. Aina masih lagi hanyut dalam tangisannya.
“ Maafkan abang sayang. Abang tak tau. ” Aina tolak tubuh suaminya.
“ Sekarang semuanya dah jadi senang. Anak kita pun dah tak ada. Tak payah lah abang pening-pening fikirkan Aina. Abang jaga je isteri pertama abang. Jangan sampai dia  tau benda ni dulu atau abang akan hilang bakal anak abang lagi macam abang hilang anak kita. Aina akan tutup rapi rahsia ni. ”
                                                                              ******
“ Kenapa ayah jahat sangat!!!” Aku menangis semahu-mahunya. Aku jauhkan diri dari ayah. Ayah mendekati aku. Dia cuba memujuk.
“Adik…. Mak Tua dah siap masak asam pedas ni…Jom makan!!! ” Aku lari menuju ke arah Mak Tua. Aku peluk Mak Tua. Aku menangis dalam pelukannya.

“ Maafkan ayah…”

No comments:

Post a Comment