Lumrah alam apabila ada orang lain yang tidak setuju
dalam tindakan kita namun dalam menyatakan rasa tidak setuju tersebut, saya
kira tindakan itu harus dilakukan dengan cara yang betul. Apabila berada dalam
satu organisasi, sikap kesepakatan dan toleransi antara satu sama lain amat
penting dalam memastikan organisasi yang dibentuk mencapai matlamat yang
ditetapkan pada awalnya. Saya ambil contoh di sini, apabila seseorang individu
sudah dilantik memegang jawatan tertinggi dalam sesuatu organisasi, dia
haruslah menyedari segala apa yang diputuskan mendapat kata sepakat dan
sokongan mejoriti individu di luar organisasi.
Bukan
mudah untuk bergelar ketua yang baik. Juga bukan mudah untuk memuaskan hati
semua pihak dalam melaksanakan sesuatu. Namun, seorang ketua yang bijak dan
berdedikasi seharusnya bijak mengambil pendekatan untuk mendengar suara
mejoriti dan berkebolehan menjelaskan apa yang mahu dibentuk dengan mesej yang
jelas dan tegas. Sebagai individu yang dipimpin pula, seseorang itu haruslah
akur pada arahan ketua tanpa mengira umur sebagai tanda hormat kepada ketua.
Memang benar, setiap orang mempunyai hak sama rata dalam bersuara namun medium
untuk bersuara haruslah benar. Sebagai contoh, dalam sesuatu mesyuarat,
pastinya ketua akan bertanyakan pendapat ahli-ahlinya dan individu yang
dipimpin, sewaktu itulah individu yang dipimpin perlu mengutarakan pendapat
mereka. Kata sepakat boleh dicapai barangkali melalui perbincangan demi
perbincangan.
Dalam
pada itu, saya pasti ada individu yang menolak medium tersebut untuk
mengutarakan pendapat. Sebaliknya mereka lebih memilih untuk bergelar keyboard warrior. Haruslah diingat,
memang mudah mengutarakan pendapat melalui penulisan namun mesej yang hendak
disampaikan dalam penulisan tersebut tidak semestinya sampai tepat kepada
pembaca. Mesej tersebut boleh disalahfaham gamaknya. Oleh itu keyboard warrior bukanlah satu medium
yang sesuai untuk menyatakan atau mengutarakan pendapat seseorang individu.
Saya
kira sesuatu organisasi yang dibentuk memerlukan sokongan padu individu di
sekitarnya untuk mencapai matlamat. Saya umpamakan individu yang memimpin sebagai
pokok manakala yang dipimpin sebagai akar yang memberi sokongan padu kepada
pemimpin. Perbalahan semata hanya mendatangkan impak negatif dan menimbulkan
rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian sebagai
individu yang diberi akal fikiran untuk berfikir, kita seharusnya
merasionalisasikan pemikiran kita dalam apa jua keadaan sekalipun.
No comments:
Post a Comment