Saturday, March 12, 2016

Misteri Helmet Biru (Bab2)

“ Arrrgghhhhhhh!!! ”
Jeritan nyaring yang tiba-tiba kedengaran mengejutkan Ejat dan Nina yang baharu sahaja berjalan meninggalkan parking motorsikal untuk menuju ke kafe kolej. Langkah mereka terhenti dek jeritan tersebut. Mereka kembali berpaling ke belakang. Mencari-cari arah jeritan tersebut. Kelihatan seorang pelajar perempuan lengkap berhelmet dan berbaju kurung sedang terbaring meronta-ronta kesakitan. Tangannya kuat memegang helmet tersebut. Ejat dan Nina bergegas mendekati pelajar yang terbaring kesakitan itu.
“ Reena!!! ”
Serentak Nina dan Ejat separa menjerit. Mereka kaget. Rupa-rupanya, tubuh yang sedang meronta-ronta di atas tar panas dan meraung kesakitan itu merupakan rakan sekelasnya. Nina memegang tubuh Reena dengan harapan dapat menenangkan keadaan Reena. Ejat pulak cuba menarik tangan Reena yang ditekapkan pada helmet biru tersebut.
“ Nina! Kau tarik tangan dia dulu. Aku nak bukak helmet dia. Aku rasa dia migrain ni. ”
Tanpa banyak soal, Nina mengerahkan seluruh tenaganya menarik tangan Reena yang kejap pada helmet tersebut.  Ejat pula menanggalkan helmet tersebut. Dek kepanikan yang melampau, helmet tersebut terpelanting menuruni bukit dekat sebelah parking motorsikal tersebut. Reena tiba-tiba kaku. Badannya keras. Kejang. Ejat dan Nina cuba memanggil-manggil Reena. RIna yang kejang dan kaku di pangkuan Ejat tiba-tiba menarik tangan Ejat dan menggigit tangan tersebut.
“ Arrghh!!! Nina tolong aku.Tarik dia. ”

Bersambung...

Nina yang panik dengan situasi tersebut menarik kepala Reena hingga tertanggal tudung Reena. Reena melepaskan cengkaman giginya dari Ejat. Ejat dan Nina terkejut dan panik dengan tingkah laku Reena. Tadinya badan Reena keras dan kaku, tiba-tiba sahaja dia bertindak agresif. Ejat dan Nina bangun menjauhi Reena. Reena tiba-tiba sahaja merangkak-rangkak. Suaranya menjerit seakan harimau mengaum. Tangannya dioles-oles di atas tar hitam yang panas tersebut sehingga berdarah. Aksinya tak tumpah seperti seekor harimau liar yang menunggu masa untuk membaham mangsanya. Reena tiba-tiba berubah buas. Nina dan Ejat menjerit sekuat hati dan berlari mendapatkan pertolongan.  

No comments:

Post a Comment