Tuesday, March 1, 2016

Misteri Helmet Biru (Bab1)

Terkini, dilaporkan sepuluh  orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ditempatkan di bawah jagaan wad psikatrik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Kesemua pelajar terbabit didakwa hilang kawalan dan bertindak ganas dengan menyerang individu di persekitaran mereka secara tiba-tiba. Tambah merunsingkan, setiap pelajar yang di tahan di wad tersebut setiap satunya merupakan penghuni kesepuluh buah kolej yang terdapat di UKM Bangi. Perkara ini masih di bawah siasatan pihak berwajib. Para pelajar diminta berwaspada dari semasa ke semasa dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi di media sosial masing-masing.
UKM News
“ Korang! Kan aku dah cakap. Betul lah apa aku dengar bukan si minah sewel tu je gila. Ada lagi lah yang dah menggila kat kampus kita ni. Tiba-tiba aku rasa macam tak selamat pulak. ” Aku menghulurkan telefon Ipad aku kepada rakan sekelasku. Berita ini ternyata menjadi berita tergempar di UKM Bangi kala ini.
“Serius lah! Kalau sorang takpe lagi ni sepuluh orang. Agak-agaknya lah kan benda ni virus ke  apa ? ” Ejat mengutarakan soalannya kepada rakan-rakan sekelasnya. Mana tak pelik. Tiba-tiba je sampai sepuluh orang masuk rumah sakit jiwa.
“ Maksud kau? ” Awa yang berpenampilan nerd membetulkan kaca matanya dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“ Maksud aku, kau orang semua tak rasa ke benda ni virus. Ala macam virus demam Zika tu. ” Ejat cakap dengan penuh yakin. Dia musykil terhadap perkara yang sedang berlaku. Bukan dia sahaja musykil, satu UKM bahkan satu Malaysia musykil.
“ Aku pun rasa macam tu lah Ejat. It’s something like virus. Its might be spread by an agent like nyamuk or flies maybe. Tapi kan yang tambah pelik kenapa kesemua yang ditahan tu wakil dari setiap kolej yang berbeza. Kalau spread by those agent, macam mustahil dia nak pilih wakil setiap kolej. Melainkan……. ” Aku tidak menghabiska ayat aku memandangkan kepala otak aku sedang ligat memikirkan sebarang kemungkinan yang berlaku.
“ Melainkan apa? ” Soal Awa dan Ejat serentak.
“ Melainkan ini semua kebetulan. ” Aku menghabiskan ayat aku tadinya.
“ Aku rasa kebetulan je kot. Tak payah lah kita fikir macam-macam korang. Kan ke dia dah cakap kat situ jangan menimbulkan apa-apa spekulasi. Dengar je lah. Lagipun benda ni dalam siasatan kan. Bukan dia orang biar je. ” Ujar Azwa dengan yakin. Minah satu ni memang suka ikut je apa orang atas cakap. Dengan nama ringkasnya ‘lurus bendul’.
“ Kau ni Awa betul lah apa Nina cakap tu. Boleh tak kau fikir di luar kotak sikit. Tinggalkan kau punya lurus bendul tu sekejap boleh? ” Ejat sokong Nina. Awa tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia buat-buat sibuk meneliti buku rujukan Kimia yang baharu dipinjamnya dari perpustakaan.
“ Korang korang tak rasa ke ni masa yang sesuai untuk kita naikkan nama forensik. Since semua orang tak tahu ada kos forensik kat UKM ni. Lagipun siasat menyiasat ni kan bidang tugas kita. ” Nina cuba mengemukakan pendapatnya dengan harapan dapat sokongan dari Awa dan Ejat.
“ Betul tu Nina aku setuju. Kita siasat pasal benda ni nak? Kita buat underdog je lah. Amacam? ” Kali ini giliran Ejat mengemukakan ideanya pula. Nina tersenyum tanda setuju. Awa memandang Nina dan Ejat dengan pandangan serius.
“ Aku tak rasa tu idea yang bernas. Kalau kau orang rasa nak gila jugak macam budak-budak tu buatlah. Aku tak campur. ” Awa bangun dan meninggalkan Nina dan Ejat. Nina dan Ejat terpinga-pinga memandangkan ini kali pertama Awa tak setuju akan idea mereka berdua. Biasanya Awa turutkan sahaja.

Bersambung…

p/s : Cerita di atas adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. 

No comments:

Post a Comment