Baru kali ini aku rasa
dapat keluar jauh dari tempat aku
membesar. Dapat melihat tempat orang lain. Rasa angin yang berbeza.Tengok
sesuatu yang belum pernah aku tengok. Ceh. Mesti kau orang semua fikir aku
pergi oversea kan. Hiperbola je tu semua. Sebenarnya aku kini berpijak di bumi
yang berkordinat 6°7'20"N
102°14'47"E . Selama ini gigih aku dengar cerita
Umi merangkap sepupu aku yang mengatakan bahawa perjalanan menuju ke kampung
halamannya mengambil masa seharian. Banyak tempat beli barang murah katanya.
Lantaslah aku tengok Umi ada banyak baju-baju cantik kalau nak dibandingkan
dengan aku. Aku ni pun pakai baju cantik sumber ihsan Umi. Mana-mana baju yang
dia tak muat, dia sedekah kat aku. Dia pernah cakap dia kesian tengok aku pakai
baju buruk tiap kali dia datang. Pokok pangkalnya, baju-baju yang aku pakaibila
keluar jalan-jalan banyak dari hasil pemberian Umi. Apa yang aku ingat lagi Umi
selalu cerita bahawa kampungnya berada di Gua Musang. Nama tempat je dah buat
aku jenuh membayangkan bahawa kampung halamannya berada di dalam gua. Betapa
katak di bawah tempurungnya aku bukan. Pokok pangkalnya, sepanjang perjalanan
menuju ke negeri Kelantan, mata tidak aku pejamkan. Aku meneliti setiap apa
yang dijamu pada mata aku. Aku lihat jam di hadapan bas persiarann yang aku
naiki tepat menunjukka jam tiga pagi. Aku lihat kanan, aku lihat kiri dan aku
lihat belakang. Semuanya lagi ennak membuta baik kawan aku mahupun cikgu
pengiring. Aku lihat ke luar tingkap bas. Gelap. Bosan. Aku memberanikan diri
melangkah ke hadapan depan bas.
“Pak cik….” Aku sapa
lembut pakcik drebar bas tersebut. Pak cik drebar tu bukan main terkejut dengar
suara aku. Dia pandang aku sesaat dua sebelum bola matanya kembali fokus
memandang jalan di hadapan.
“ Ya dik… Kenapa nak pergi tandas ke. Kalau nak
pergi tandas kejap lagi pak cik berhenti kat perhentian. ”
“ Eh tak lah pak cik.
Bila kita nak sampai ni pak cik? Lama lagi ke?” Aku tanya lagi.
“ Oh… Lama lagi ni dik. Dalam pukul lapan esok pagi
baru kita sampai sana kalau tak ada apa-apa. Kenapa dik, boring eh? ”
“ Lamanya. Haah saya
boring. Nak tidur tak boleh tidur. Yela. Kali pertama naik bas kot.” Aku lihat
pak cik drebar tergelak kecil. Dia pandang aku kejap.
“ Memang lama dik. Kota
Bharu ni jauh dik.Dah nak sampai Thailand tau. ”
“Oooo… Pak cik, kat
Kota Bharu tu barang murah-murah tak? Saya selalu dengar cerita dari sepupu,
barang kat sana murah-murah. ” Aku duduk di tangga sebelah pak cik drebar.
“ Sepupu adik orang
Kelantan ke? Haah dik, baraang sana memang murah-murah. Banyak orang datangnak
shopping kat sana je. Ha.. Duk tanyapak cik ni macam bawak duit banyak nak
shopping je ni.” Aku garu-garu kepala.Nak bagi tahu ke tak eh. Hmm.
“
Kampung sepupu saya kat Kelantan pak cik. Urm takdelah nak shopping pak cik.
Niat saya ikut rombongan sekolah ni sebab nak jalan-jalan je. Tengok tempat
orang. Nak beli barang tu beli sikit je kot. Ole-ole untuk nenek saya. ” Tanpa
sedar, aku jadi selesa borak dengan pak cik drebar. Aku taya dia jawab.
Macam-macam benda kami borak. Ada jugak dia bagi aku tips tawar menawar masa
nak beli barang nanti. Jadi kelindan pak cik drebar bas ni okay lah dari duduk
tepi tingkap tengok semua gelap.
*****
“ Mak tua….Esok kita
nak pergi Kelantan dah. ” Aku bagitahu mak tua dengan selembut-lembut bahasa
yang aku boleh dengan harapan dia tahu apa aku nak hehe.
“ Hmm.. Pergi lah.
Orang tak bagi nak pergi jugak kan. Peergi je lah. Degil! ” Dah mula dah orang
tua ni nak bebel.
“ Tapi nanti kita tak
ada duit belanja.” Aku buat muka kesian. Tapi macam tak berhasil je sebab mak
tua buat-buat tak tahu.
“ Ada duit pulak bayar
yuran nak ikut rombongan tu. Takkan takde duit belanja. Tula masa nak pergi tu
tak fikir panjang. Dah dah , mak tua takde duit. Dah guna buat bayar karpet.”
Memang takde harapan lah aku nak dapat duit belanja. Dalam jiwa yang merajuk
aku bangun cepat-cepat membelakangkan mak tua. Aku berlalu. Sebaik sahaja tiba
di rumah kayu aku hentak-hentakkan kaki aku tanda protes. Mana tahu tiba-tiba mak tua berubah hati jadi pemurah
dengan aku. Aku kira satu…. Dua… tiga… Hesy memang takde harapan lah. Tiba di
bilik aku menghempas pintu kuat-kuat. Mak tua masih lagi diam. Memang takde
harapan dah. Aku masuk ke bawah katil aku, seperti biasa, aku capai kapur yang
aku curi dekat sekolah. Aku tulis pada papan palywood bawah katil MAK TUA
KEDEKUT!!!! Aku tulis besar-besar. Geram punya pasal. Sambil tulis tu air mata
memang macam air paip. Aku campak kapur tu dekat palywood. Patah tiga. Aku
panjangkan tangan aku capai tabung ayam kesayangan aku. Aku bawak keluar dari
bawah katil.
“ Ayo… Hari ni aku
terpaksa bunuh kau. Esok aku nak pergi rombongan. Takde duit. Mak tua tak nak
bagi duit. ” Aku nangis lagi. Aku peluk Ayo merangkap nama tabung ayam aku. Aku
bawa Ayo atas katil. Perlahan-lahan aku lepaskan Ayo dari genggaman kedua-dua
tangan aku.
Prang!!!!!
Aku lihat Ayo sudah
berderai. Tambah lebat air mata aku. Selama ini, Ayo lah yang menjadi teman
bila aku sedih. Aku selalu cerita dengan Ayo bila aku rasa mata aku masuk
habuk. Bila dada aku sebak. Sekarang aku sendiri bunuh Ayo. Aku ingat lagi
betapa girangnya aku rasa bila aku dapat Ayo sebagai hadiah hari jadi dari mak
tua. Sekarang Ayo dah takde. Aku akan ingat pengorbanan Ayo sampai bila-bila.
Aku capai kotak kasut pada rak buku aku. Aku kutip cebisan-cebisan badan Ayo.
“ Ayo.. Walaupun kau
dah takde. Aku tetap akan simpan kau Ayo. Kau tetap akan jadi kawan aku sampai
bila-bila. ”
Selesai
masukkan cebisan terakhir Ayo dalam kotak. Aku kutip not-not kertas dan duit
syiling yang bertaburan di atas lantai. Aku kira pelan-pelan.Semuanya ada saturates
enam puluh satu ringgit lapan puluh tiga sen. Perasaan ssedih kejap sahaja berubah
girang bila memikirkan aku nak pergi jalan-jalan esok. Sejumlah wang tersebut
aku simpan rapi dalam beg duit getah aku.
*****
Aku mencapai basikal
tanpa meminta izin mak tua untuk berangkat ke sekolah dengan beg galas yang
kembung berisi pakaian sepanjangan rombongan ke Kelantan nanti. Di selekoh tak
jauh dari rumah aku berhenti. Aku tak sedap hati buat mak tua macam tu. Aku
pusigkan basikal dan kayuh basikal aku menuju ke rumah semula.
“ Mak tua!!!! ” Aku
menuju ke dapur. Biasanya pagi-pagi ni mak tua duduk bertapa kat dapur. Bila
nampak tubuh tua itu bersandar sambil makan lempeng cicah sambal goreng, aku
peluk tubuh itu kejap. Hati aku lega. Bibir
aku mengukir senyum. Mak tua usap-usap belakang badan aku.
“ Hati-hati nanti. Jaga
diri. ” Ujar mak tua. Aku tahu dalam nadanya dia sudah maafkan aku atas
kelakuan aku semalam.Mak tua sememangnya tahu apa yang ada dalam fikiran aku.
Aku senyum. Aku capai tangan mak tua aku cium bertalu-talu.
“ Jangan lah risau.
Kita dah besar. Nanti kita balik belikan mak tua ole-ole. Kita pergi tiga hari
je. Mak tua jaga diri tau. Jangan rindu kitaa teruk sangat. Jangan lupa makan. ”
Aku pulak bagi pesanan dekat mak tua.
“Eh ada duit pulak nak
beli ole-ole. Baru nak bagi duit.”
“Eh… Kita takde duit.
Kita cakap je. Tak pelah nantipinjam duit kawan je.”Aku tarik muka. Dalam hati
Ya Allah! Rasa macam nak lompat-lompat je.
“ Hmm yelatu. Nah ni
ambil. Buat belanja kat sana nanti. ” Mak tua hulur duitRM50 kepada aku. Cepat aku capat not kertas
tersebut. Bukan apa, takut dia ubah fikiran. Rezeki jangan ditolak.
“Mak tua nak kirim
apa-apa tak? ”
“ Kuali. Mak tua dah
lama nak beli kuali besar. Mintak mak Umi belikan, tak beli-beli pulak. Orang
cakap kat sana murah.” Mak ai hajat
ole-ole sebesar hajat duit dia bagi
tadi. Ingatkan betul-betuh suruh buat belanja. Cis!
“ Eeee… Nak buat apa
lah kuali. ” Aku kerutkan muka.
“ Kan senang kalau nak
buat kenduri nanti. Tak payah pinjam….”
“
Okay lah mak tua kita dah lambat ni, nanti kena tinggal bas pulak. Babai. ” Aku
cepat-cepat pergi sebelum bebelannya jadi panjang. Sengaja aku potong cakap mak
tua.
*****
Mata aku jadi rambang
sekejap bila tengok suasana pasar di Kota Bharu. Banyak betul barang dijual. Orang pun dah
macam semut aku tengok.
“ Okay anak-anak, saya
bagi kamu semua masa satu jam setengah untuk jalan-jalan ke shopping ke kat
sini. Kat sini barang murah-murah. Nanti tepat pukul sebelas semua mesti
berkumpul depan bas ni okay. Faham tak? ” Cikgu Suzy bagi arahan kepada kami.
Sebaik sahaja bagi arahan, kami semua apa lagi, masing-masing ikut haluan
sendiri. Aku jalan dengan Farihah dan Suraya merangkap kawan baik aku. Farihah
dan Suraya masing-masing sibuk nak cari tudung dengan kain batik. Aku ikutkan
je lah. Tapi ikut punya ikut. Jalan punya jalan, aku nampak ada satu kedai yang
menjual barang-barang dapur. Ada periuk belanga dan ada kuali yang mak tua
suruh aku beli. Aku termenung depan kedai tu kejap. Aku cari-cari bayang Suraya dan Farihah. Tak
kelihatan. Sakan bershopping gamaknya. Aku teruskan langkah menjauhi kedai
periuk belanga tersebut. Hati ni macam meronta-ronta mintak aku patah balik.
Aku ingat mak tua. Aku patah balik kedai tersebut.
“ Adik nak beli gapo? ”
Sapa pak cik kedai tersebut. Aku tunjuk kuali sebesar badan aku yang tergantung
di hadapan kedai. Pak cik tu terkebil-kebil pandang aku. Berulang-ulang dia
tunjuk kuali gergasi tersebut. Aku angguk-angguk. Hesy pak cik ni, macam tak
nak customer. Karang aku geleng melepas rezeki dia hari ni. Dia turunkan kuali
tersebut.
“ Berapa iya ni?” Aku
cuba berbahasa Kelantan. Saja. Pak cik drebar cakap kalau nak beli barang murah
kena konon-konon jadi orang Kelantan jugak. Tapi kan macam pelik je bila aku
berbahasa Kelantan.
“ 60 iya je dik. Adik
nok ngangkat ni? ”
“ Saya bukan nak angkat
je pak cik saya nak beli. Tapi… Saya ada lima puluh iya je.” Aku buat muka
monyok. Saja nak bagi pak cik ni kesian kat aku.
“ 50 iya dok cukup dik.
Dok balik untung. ”
“Hmm… Takpelah.” Aku
berlalu meninggalkan kedai pak cik tersebut. Memang tak lah aku nak habis kan
enam puluh ringgit semata-mata nak beli kuali. Satu…. Dua… Ti…..
“
Dik dik pak cik bagi 50 iya je. ” Hebat betul lakonan muka kesian aku ni kan. Hehe.
*****
Berat sungguh beban
kuali yang aku gendong di belakang badan aku. Menyesal pulak aku beli kuali
besar gedabak ni. Tapi demi mak tua aku gagahkan jugak gendong kuali tersebut.
Sekarang, aku nak cari key chain dan sagon pulak. Sagon tu memang fevret aku.
Tiap kali Umi balik kampung, aku mesti mintak dia belikan aku sagon banyak-banyak.
Nampak je kedai jual sagon aku borong sampai lima plastic. Satu plastik dua iya
je. Murah kan. Aku meneruskan perjalanan nak cari key chain pulak.
“ Weyh!!! Kau buat apa
lagi ni dah nak pukul sebelas dah jom jom. Apa pasal kau duk jadi kura-kura ni.
Mana kau dapat kuali ni.” Farihah yang muncul entah dari mana ajak aku
cepat-cepat menuju ke tempat bas tadi.
Tak menyempat aku nak
pilih key chain. Ada ke patut dia cakap aku kura-kura. Cis! Aku pun cepat-cepat
mengikut Faarihah dari belakang menuju ke tempat bas dengan mengendong kuali
yang khas aku beli untuk mak tua.
“ Ya Allah apa awak
bawak ni? Awak tau tak kita naik bas. Mana nak sumbat kuali gedabak ni.
Sekarang ni saya bagi awak dua pilihan nak tinggal kuali tu kat sini je atau nk
bawak balk tapi awak kena duduk dengan kuali ni sepanjang perjalanan kita ni. ” Ciku Suzy mula dah berleter. Hmm. Ada ke
patut dia bebel kat aku depan budak-budak kelas. Sengaja nak buat aku malu lah
tu.
“ Saya beli untuk nenek saya je cikgu. Takkan nak tinggal. Mahal
ni saya beli. Lima puluh ringgit. ” Aku buat muka kesian.
“ Saya tak peduli mahal
ke murah ke. Yang penting cepat buat
pilihan sebelum awak yang saya tinggal kat sini! ” Aku tunduk malu. Semua orang
yang lalu lalang berhenti. Tengok aku kena marah.
“ Ermm… Cikgu, takpe
kuali ni muat je kalau saya letak kat tempat simpan barang. Meh saya masukkan
kuali tu. ” Tiba-tiba pak cik drebar yang baik hati tu tolong aku. Dia angkut
kuali besar aku masukkan dalam tempat simpan barang. Cikgu Suzy jeling aku.
Tajam.
“ Dah!!! Pergi masuk
dalam bas. Buat apa tercegat kat sini. Ke nak kena tinggal sini jual kuali.”
Tak habis lagi marah Cikgu Suzy. Aku
pantas naik ke dalam bas. Aku peduli
apa. Yang penting, aku puas hati sebab
dapat beli KUALI UNTUK MAK TUA.
p/s ; Hello dear readers. Im back again. My hectic schedule kill my time to blog.Meet again for the next post ;)
Mak tua pon suka hati dapat kuali baru... hihi
ReplyDelete