SCENE.1-SMK
TEMENGGONG IBRAHIM-DALAM KELAS
Kelas 5 Bumi riuh rendah seperti
kebiasaannya.Tambahan pula, guru Sejarah mereka belum masuk ke kelas lagi.
DUA ORANG PELAJAR
(LELAKI, duduk bersebelahan);
Tidur. Imran(dengan keadaan air liur yang meleleh)
dan Ramesh(tidur dengan dengkuran yang tak ubah macam guruh)
SEKUMPULAN
PELAJAR MELAYU PEREMPUAN (8 ORANG) ;
Menyanyi lagu K-Pop sambil menari dengan ligatnya. (2PM-HANDS
UP).
Gaya dan sikap mereka langsung tidak mencerminkan
baju kurung yang tersarung pada tubuh. Dengan kain yang diangkat hingga paras
lutut dek pergerakan yang terhad untuk menari dengan memakai kain.
PELAJAR BANGSA
CINA (PEREMPUAN-Mei Mei) ; (berkaca mata
besar dengan rambut ala spice girl)-nerd
“Haiyaaa ini orang manyak bising ma… Manyak ganggu
saya mau study laa…”
Mendekati meja Ramesh lalu mengetuk meja Ramesh
dengan kuatnya dek kegeraman yang melampau. Sebenarnya kemarahan yang
dilampiaskannya terhadap Ramesh juga ditujukan kepada sekumpulan pelajar Melayu
tersebut. Wajahnya merah padam menahan rasa marah. Tidak cukup dengan itu, dia
melepaskan geramnya dengan bebelan dalam bahasa ibundanya sambil berjalan
menuju tempatnya kembali. Pada masa yang sama Ramesh dan Imran tersedar dari
lena mereka.(Terkejut) Ramesh mengesat-ngesat matanya dan Imran mengesat air
liur yang melekat pada wajahnya.
ANIS (SALAH
SEORANG PELAJAR 8 ORANG) ;
“ Eh kau apa hal?
Nak mengamuk sakan.Kau ingat sekolah ni bapak kau punya ke!”
Bajet gangster gitu. Kedua-dua lengan baju kurungnya
ditarik hingga ke paras atas siku dengan muka membengis. Menuju ke arah Mei
Mei.
MEI-MEI ;
“Apa? Kamu ingat
kamu buat muka itu, saya takut oh! Ini perempuan manyak gangster. Ini sekelah
memang bukan sekolah bapak saya tapi ini sekolah juga bukan sekolah bapak
kamu!!! Kamu manyak bising!Kamu ganggu saya laa!!! ”
Bangun dan melampiaskan kemarahannya kepada
Anis.(membengis dengan nada suara yang kuat, kelihatan sangat marah)
ANIS ;
“ Eieieie pompuan
ni, bajet baik pulak. Suka hati aku lah nak bising ke nak buat apa pun. Kau
kalau tak suka boleh get lost from my
sign!!! ”
Mendekatkan wajahnya ke wajah Mei Mei dengan
menaik-naikkan keningnya.(Lagak Ziana Zain dengan muka tidak puas hati).
Mei Mei tergelak. Rakan-rakan Anis turut tergelak.
ANIS ;
“ Kau apa hal? Tiba-tiba gelak. Gila ke?! ”
Kemarahannya semakin memuncak dengan perlakuan
Mei-Mei, ditambah pula rakan-rakannya turut tergelak sama.
MEI MEI ;
Menggeleng-gelengkan kepala. “ Itulah kamu, manyak
main oh. Suka suka kamu saja maau ganti sight
dengan sign. Itu maksud manyak lain
oh. Saya rasa otak kamu sudah itu sumbat oh. ” Makin galak tawa Mei Mei. Anis
mengetap bibirnya.( malu dan geram ). Anis menolak Mei Mei.
“ Lu apa hal!!!! ” Membalas tolakan Anis (muka tak
puas hati).
Pada masa yang sama, Cikgu Nina yang sudah dari tadi
bersembunyi di belakang pintu kelas tersebut terus memunculkan diri dek adegan
tolak-menolak tersebut.
CIKGU NINA ;
“Cukup!!! Kamu semua ni tingkatan lima tapi perangai
macam pelajar sekolah rendah! Tak malu ke dengan kelas lain. Nama je kelas
budak pandai tapi perangai macam hantu. Macam-macam perangai ada. ”
Melepaskan marahnya dengan bebelan yang bertalu-talu.
Ramesh menguap dan meletakkan kepalanya di atas meja.(Bosan dengan bebelan
Cikgu sejarahnya itu).Anis kembali ke tempat duduknya begitu juga pelajar
lain.Imran sudah lama kembali berlayar di alam mimpinya.
“ Masing-masing nak berlagak macam gangster baik
perempuan mahupun lelaki!Nak jadi gangster biar sampai denzel Washington bukan
gangster kampung pisang! Petang ni saya tahan awak semua bali sampai pukul 3
faham!Cikgu Helmi(guru disiplin) akan pantau awak semua.”
Mengurut-ngurut dadanya untuk menahan kemarahan.
Pelajar-pelajarnya sudah menunjukkan muka tidak puas hati. Kedengaran juga
suara-suara tidak puas hati. Hanya Ramesh dan Imran sahaja yang tidak
memberikan sebarang respons kerana mereka sudah berlayar di alam mimpi.
“ Mana yang lain? Kenapa ada sebelas orang je dalam
kelas, mana lagi sembilan orang? ”
ANIS;
“Pergi kawad kaki untuk latihan perbarisan untuk
sambutan Merdeka cikgu.” Anis menjawab. Cikgu Nina hanya mengangguk perlahan.
Buku teks sejarah yang sudah dipegang dibuka.( siap untuk memulakan sesi pnp)
CIKGU NINA ;
“Ramesh!!!!!!Imran!!!!!!! Selamat pagi!!!!”
Cikgu Nina sengaja menguatkan nada suaranya untuk
mengejutkan dua orang pelajarnya. Begitulah rutin hariannya tiap kali masuk ke
kelas ini. Ramesh tersedar lalu mennegakkan batang tubuhnya.(terkejut).
Sebaliknya Imran terkejut lalu membuka langkah silatnya. Bunyi gelak tawa
kedengaran semakin membingit. Imran tersedar lalu duduk di tempat duduknya
semula.( Tersengih memandang Cikgu Nina sambil mengelap air liurnya.)
CUT TO 1 ; SMK
TEMENGGONG IBRAHIM-KANTIN SEKOLAH
CIKGU AINON
(RAKAN CIKGU NINA-GURU ICT SEKOLAH);
Sedang menghadap komputer ribanya. Sesekali tangannya
mengambil cucur udang yang dibeli di kantin sekolah dan disuapkan ke mulutnya.
CIKGU NINA;
Ainon!!! Boleh tak kalau makan kau letak tepi dulu
laptop kau tu. Sakit mata aku tengok tau.(Mengetuk meja dengan sebelah tapak
tangannya bertujuan untuk mengejutkan Cikgu Ainon.)
CIKGU AINON ;
Hesy! Kau ni Nina. Sehari tu kalau tak terkejutkan
aku memang tak sah. (mengurut-urut dadanya bagi meleraikan rasa terkejut,
Mmuncung sahaja bibirnya kerana geram). Aku tengah tengok info penting la.
Nasib baik aku tak terkejut sampai campak laptop ni tau. Kalau tak pokai lah
kau kena ganti balik.
CIKGU NINA;
Hmmm..Yela yela… Sorry.( Monyok sahaja wajahnya.
Kembali menyuapkan mee goreng ke mulutnya).
CIKGU AINON;
Laa… Yang engkau ni kenapa buat muka seposen. Takkan
baru kena gertak sikit dah merajuk dengan aku kot. (menutup komputer ribanya
memandang kea rah Cikgu Nina, sambil menyuapkan cucur udang ke mulutnya).
CIKGU NINA;
Tak ada maknanya aku merajuk dengan kau. Aku stress
sebenarnya dengan kelas aku. Niat nak cerita kat kau tapi kau sibuk dengan
laptop buruk kau tu. Lagi tambah stress aku. Apa benda yang kau baca tu sampai
aku pun kau tak pandang.
CIKGU AINON;
Menayangkan wajahnya pada Cikgu Nina dan menampakkan
giginya. Cikgu Nina tergelak kecil. “ Apa benda yang aku baca nanti dulu.
Sekarang aku nak kau cerita pasal stress kau tu. Aku tengok kau ni sejak
mengajar kelas 5 Bumi tu, stress je memanjang. Muka pun dah naik berkedut aku
tengok.”
CIKGU NINA;
Mengeluarkan cermin muka daripada tas tangannya dan
membelek wajahnya. “ Mana ada!!! Bab kedut kedut jangan main-main. Isu sensitif
tau! Yela… Kelas tu memang memeningkan kepala aku. Hari hari ada je perangai.
Aku rasa macam masuk zoo negara pun ada. Koala ada, beruk ada macam-macam ada.
Aku masuk kelas Bumi macam masuk kelas Pluto sebab manusia kat bumi ni ada
tamadun. Perangai diaorang tu langsung tak rupa macam orang.HMMMMM.( Mengeluh
panjang. Melepaskan geram dengan meletakkan cermin mukanya di atas meja dengan kuat).
CIKGU AINON;
Haa.. Kau jangan main main dengan kelas Pluto tau. Tu
kelas aku.Ke kau cakap ni sengaja nak pperli aku.
CIKGU NINA ;
Tak la… Kau ni, aku serius ni. Aku rasa budak kelas
kau tu sepuluh kali ganda baik dari budak kelas aku. Aku ingatkan bila dapat
kelas depan ni tak adalah aku stress nak mengajar tapi aku rasa dah tahap
stress terakhir ni. Silap-silap hari bulan kau kena melawat aku kat Tanjung
Rambutan. (dalam nada mengeluh dan berwajah muram)
CIKGU AINON;
Tulah kau, dulu aku cakap jangan ambil kelas tu, kau
mengada-ngada offer diri kat pengetua. Sekarang ni kau yang merana. Padan lah
dengan muka kau. Lain kali dengar la sikit cakap aku.
CIKGU NINA;
Hmmmm… Aku ni mengadu dekat kau sebab nak release
stress aku tau tapi nampak gayanya kau ni makin menambahkan stress aku. Bukan
apa aku tak adalah sangka kelas tu teruk sangat sampai semua cikgu refuse nak
ambil kelas tu. Sekarang baru aku tau kenapa. Tak adalah aku expect budak kelas
pandai perangai pun pandai sampai macam tu. Hmmmmm
CIKGU AINON;
Nina, kau tak boleh lah expect macam tu. Tak
semestinya orang pandai semua baik. Kalau pandai tapi tak tau mana nak letak
kepandaiaan dia orang tu tak guna jugak. Try ah slow talk dengan dia orang. Kau
kan cikgu Sejarah merangkap kaunselor tak bertauliah.(tergelak kecil). Selalu
boleh je nasihat aku. Takkan student buat hal sikit kau dah gila. Come on lah.
CIKGU NINA;
Perli nampak…. Hmmmm aku tak tau lah macam mana lagi
aku nak buat. Bukan slow talk je aku bagi, medium talk, fast talk pun aku dah
bagi. Tapi dia orang bukan dengar. Buat tak tau sahaja. Siap ada yang tidur
lagi. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam jam loceng yang hari-hari kena
kejutkan orang. Belum lagi dengan kes dia orang bergaduh sesame sendiri. Semuaa
tebal dengan semangat perkauman.Keras kepala!!! Hmmmmm
CIKGU AINON;
Tak peril ok,kenyataan!Biasalah lah tu budak-budak
sekarang Nina, mana nak bergaul dengan lain bangsa. Kalau boleh bangsa sendiri
saja yang betul. Susah lah zaman sekarang nak tengok Cina,Melayu, India bergaul
sesaama sendiri. Hmmm kau tak ada fikir something ke nak buat dia orang tu tak
ada sikap perkauman. Aku rasa bila diorang dah sepakat satu kelas tak adanya
perangai macam hantu.
CIKGU NINA;
Sebab sepakat lah jadi macam tu. Sepakat buat hantu.
Hantu tetap hantu lah aku rasa.
CIKGU AINON;
Hai…. Macam nada give up je tu. Aku tak pernah dengar
kau betul betul down sampai macam ni. Come on lah, dulu bukan main semangat
lagi nak mengajar dia orang.
CIKGU NINA;
Entahlah… Macam-macam cara aku dah pakai,tapi tak ada
efek apa-apa pun. Lagi teruk adalaah. Aku dah tak tau nak buat aapa lagi dah.
CIKGU AINON;
Hmm.. Aku rasa mungkin cara kaau tu baik bagi kau
tapi tak boleh semua orang. Aku rasa kan kau Cuma perlukan medium yang betul
untuk pastikaan cara kau tu boleg diterima oleh dia orang.
CIKGU NINA;
Maksud kau???
CIKGU AINON;
Zaman sekarang zaman ICT. Apa kata kau gunakan ICT
untuk bentuk diaorang jadi manusia Bumi (ketawa besar)
CIKGU NINA;
ICT lah sangat. Hmmm gelak lah kau sorang sorang.
Malas dah aku nak cerita. Makin skit hati aku dibuatnya.(menarik muka masam)
CIKGU AINON;
Laaa sensitive betul minah ni. Aku gurau sje lah. Ha
kejap ya aku nak tunjuk something kat kau. Lepas ni kau akan nampak the magical
of ICT.(ketawa kecil)(Cikgu Ainon membuka kembali laptopnya, diletakkan
laptopnya di hadapan Cikgu Nina).
CIKGU NINA;
Apa kau nak tunjuk ni.Hesy… tak kuasalah aku nak
baca. Sakit mata tau tak. Just tell me the content.
CIKGU AINON;
Buta ICT betullah kawan aku sorang ni. Allergic
sangan dengan laptop ni apesal.Yelah yelah aku bagi tau. Sempena hari
kemerdekaan tahun ni, KPM adaa anjurkan pertandingan teater merdeka peringkat
kebangsaan. So aku suggest, why not student kau yang masuk.
CIKGU NINA;
HAaa… kerjaa aku pun dia oraang tak buat. Apatah lagi
teater. Memang dari peringkat awal dah out!!! Kesimpulannya aku yang malu
sendiri.
CIKGU AINON;
Belum cuba belum tahu Nina. Kau umpanlah dia orang
dengan duit.Money can buy people sometime.
CIKGU NINA;
Gila ke. Karang dia orang menang tagih duit macam
along kaat aku. Habislah aku.
CIKGU AINON;
Come on lah Nina. Zaman sekarang semua pakai duit.
Kuno betul lah kau ni. First prize dia sepuluh ribu kot.
CIKGU NINA;
Serius??(nada terkejut)
CIKGU AINON;
Seriuslah Nina…Takkan aku nak main main pulak. Karang
aku kena karate pulak dengan Cikgu sejarah sorang ni.
CIKGU NINA;
Hmmm tak ada lah sampai macam tu. Tapi aku nak buat
cerita pasal apa.Aku tak rasa diaorang ada idea untuk teater tu.
CIKGU AINON;
Jangan suruh diaorang buat cerita tapi kaulah. Kau
yang tulis skrip. AKu yakinlah kau boleh tulis cerita yang boleh wujudkan
semangat dalam jiwa dia orang. Kau kan champion dalam benda-benda ni.
CIKGU NINA;
Aku tak ada idea lah.
CIKGU AINON;
Sekarang memanglah tak ada idea. Otak kau tengah tepu
kan. Balik ni malam malam ke cuba kau cari ilham. Gerenti lah esok kau akan
come out dengan idea yang mantop.
CIKGU NINA ;
Hmm… Nanti aku fikirkan. (Mengangguk-angguk tanda
setuju.)
SCENE 2 ; RUMAH
CIKGU NINA
Suasana gelap di bilik Cikgu Nina. Hanya lampu meja
dan lampu komputer riba menerangi bilik tidurnya. Cikgu Nina pula sedang
khusyuk menaip skrip teater untuk pelajar kelas 5 Bumi. Sesekali Cikgu Nina
meneguk secawan kopi apabila matanya mulai memberat.
SCENE 3 ;
KELAS 5 BUMI.
Suasana kelas tidak ceria seperti biasa. Ada yang
sedang focus belajar,ada yang tersengguk-sengguk, dan ada yang but hal
sendiri.Cikgu Nina pula menghiraukan pelajarnya yang langsung tidak menunjukkan
minat belajar dan meneruskan tugasnya mengajar subjek sejarah seperti biasa. Dia
sudah biasa dengan suasana seperti itu.
CIKGU NINA ;
Sebelum saya keluar, saya nak minta perhatian semua
pelajar. Untuk kali ni, saya minta tolong sangat-sangat kerjasama semua pelajar
untuk dengar apa yang saya nak sampaikan ni.(Mukanya mulai serius, suaranya
sengaja dikuatkan untuk mengejutkan beberapa orang pelajar yang sedang berlayar
di alam mimpi namun hanya segelintir pelajar yang menunjukkan minat terhadap
kenyataannya)
ANIS ;
Cikgu nak cakap apa? Macam serius je bunyi.
CIKGU NINA ;
KPM ada anjurkan pertandingaan teater peringkat
kebangsaan sempena Hari kemerdekaan tahun ni.
RAFI ; (Ketua kelas 5 Bumi, berpewatakan skema dengan kaca
mata besar dan rambut sikat tepi).
Jadi apa kena mengena pertandingan tu dengan kita
orang cikgu. Kitaorang kena masuk ke? (reaksi wajah excited).
ANIS DAN 7 ORANG
GANG ;
Memang tak lah!!! (Menjawab serentak. Menunjukkan
reaksi tidak berminat.)
CIKGU NINA ;
Betul cakap rafi tu, saya nak awak semua ambil
bahagian dalam teater ni.
RAFI ; mencebikkan bibir kepada Anis dan sahabatnya.
MEI MEI ;
Waaa… Manyak seronok ma…. Cikgu cikgu saya mau jadi
itu watak baik.
ANIS ;
Kau tak payah over sangatlah Mei Mei. Pengarah cap
ayam pun tak nak ambil kau berlakon. Rosak cerita beb. ( Anis dan gengnya
menggelakkan Mei Mei dan Mei Mei menarik muka masam.) Maaf cikgu, Saya tak
berminat nak masuk.
CIKGU NINA ;
Betul ni tak nak masuk? First prize sepuluh ribu tau.
Saya tak kisah kalau awak semua tak nak masuk dan saya boleh offer budak kelas
lain untuk masuk pertandingan ni. (Cikgu Nina mula mengemas barang-barangnya
untuk keluar kelas dengan wajah muram memandangkan pelajar-pelajarnya tidak
berminat untuk menyertai pertandingan teater tersebut).
SEMUA PELAJAR 5
BUMI ;
Sepuluh ribu?????? (reaksi terkejut).
ANIS ;
Cikgu! Jangan offer kelas lain. Tiba-tiba saya masuk.
(tersengih-sengih)
CIKGU NINA ;
Awak je nak masuk yang lain tak minat. Makin buat
saya susah nak practice awak semua adalah. Dengan perangai keras kepala
masing-maasing, hancur teater tu karang.
ANIS ;
Siapa cakap saya je yang nak masuk. Dia orang semua
nak masuk juga cikgu. Betul tak korang???
PELAJAR 5 BUMI ;
Betul…betul ..betul!!!!
CIKGU NINA;(tersenyum)
Hmmmm… Bagus!! Saya rasa macam baru kali ni saya
tengok kelas ni sepakat.
PELAJAR 5 BUMI ;
Duit punya pasal cikgu….
CIKGU NINA ;
Pantang dengar duit kan budak-budak zaman sekarang
ni. (Bercekak pingang)
RAFI ;
Cikgu tapi kita orang nak buat cerita apa. Kita orang
bukan ada pengalaman pun.
CIKGU NINA ;
Pasal cerita apa tu jangan risau, saya dah pun
siapkan satu skrip khas saya buat untuk kelas ni.( Suasana jadi riuh seketika
dengan sorakan buat Cikgu Nina ).
RAMESH ;
Jadi kita orang acting saja la cikgu.
CIKGU NINA ;
No… Saya hanya sediakan skrip. Benda lain kamu semua
kena handle sendiri.
MEI MEI ;
Maksud cikgu? (Menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal.)
CIKGU NINA;
Sebenarnya… Untuk permulaan penyertaan, kita hanya
perlu hantar teater kita ke pihak penganjur dalam bentuk video. Seminggu lepas
tu, kalau kita menang, baru kita akan pergi ke Kuala Lumpur untuk perform secara
live semasa Sambutan Hari Kemerdekaan. Jadi, saya nak cakap kat sini saya tak
sediakan kemudahan video cam dan lain-lain memandangkan saya tau korang semua
lagi advance dari saya.
ANIS ;
Siapa yang ada video cam. Aku tak ada. Telefon cabuk
ada lah. Ambil gambar sendiri dah blur, apatah lagi ambil video.(rakan-rakan
kelasnya yang lain ketawa)
RAMESH ;
Itu bapak saya
punya adalah. Nanti saya boleh pinjam.
CIKGU NINA ;
Video Cam dah ada. Saya rasa benda lain boleh selesai
lah kan. Sekarang ni kamu semua kena bentuk satu produksi. Dalam produksi tu
ada pengarah, penulis skrip, pelakon dan lain-lain tapi penulis skrip tu saya
sendiri memandangkan skrip cerita ni saya yang buat. Saya bagi awak semua masa
sepuluh minit untuk beritahu saya jawatan masing-masing dalam produksi kamu
semua. Boleh???
PELAJAR 5 BUMI ;
Boleh cikgu!!!! (Mereka mula berkumpul dan berbincang
sesame sendiri. Cikgu Nina tersenyum puas. Nampaknya idea Cikgu Ainon memang
bernas. Baru kali ini dia dapat melihat kata sepakat terbentuk dalam kelasnya.)
CUT TO SCENE 3 ;
KANTIN SEKOLAH
CIKGU NINA ;
Ainon,hari ni aku belanja. Ambil je lah apa-apa yang
kau nak makan. (menyanyi-nyanyi kecil).
CIKGU AINON ;
Kau ni dah kenapa? Mengigau ke nak belanja aku
biasanya bukan main kedekut lagi nak keluarkan duit kau. Makan kuih je nak
jimat punya pasal. Lagi satu yang aku pelik, kenapa hari ni seronok semacam.
Semalam muka macam ayam berak kapur. Kau jatuh cinta ya? (Menongkat dagu dan
memandang Cikgu Nina dengan pandangan yang agak serius).
CIKGU NINA ;
Banyak lah kau punya jatuh cinta. Memang tak lah.
CIKGU AINON ;
Dah tu kenapa?
CIKGU NINA ;
Sebelum aku cerita, aku nak ucapkan banyak-banyak
terima kasih kat kau sebab idea bernas kau.
CIKGU AINON ;
Idea bernas??? Aku tak cakap apa-apa lagi pun dari
tadi.
CIKGU NINA ;
Idea teater kau yang semalam tu lah.
CIKGU AINON ;
Ohhhhh…. Aku ingat kanapa tadi. Jadi macam mana
budak-budak kau? Apa reaksi dia orang?
CIKGU NINA ;
Mula-muka aku cakap pasal teater tu, semua macam buat
tak tahu pun. Cakap pasal sepuluh ribu je semua macam orang kena pukau.
Berebut-rebut naak terlibat.
CIKGU AINON ;
Tengoklah idea siapa. A.I.N.O.N!
CIKGU NINA ;
Yela Ainon… Terima kasih daun keladi lain kali bagi
lagi!
CIKGU AINON ;
Nina, kau kena cepat tau buat video tu, kau ada masa
lagi dua minggu.
CIKGU NINA ;
Ha!! Dua minggu je? Macam mana aku nak hantar?
CIKGU AINON ;
Haah. Macam mana nak hantar tu biar aku settle. Dunia
ni di hujung jari je tau.
CIKGU NINA ;
Hujung jari sangat! Kalau orang tak ada jari tak ada
dunia lah?
CIKGU AINON ;
Tak adalah macam tu sekali. Ini perumpamaan Melayu
je. Dahl ah aku nak ambil makanan ni. Perut aku ni dah buat orkestra dah pun.
SCENE 4 ; KELAS 5
BUMI.(Sabtu –cuti sekolah)
Kelas 5 Bumi kedengaran riuh-rendah. Masing-masing
sibuk berbincang sesame sendiri demi menjayakan teater mereka.
ANIS;
Rafi… Mana Cikgu Nina? Dah pukul berapa ni dia tak
sampai lagi. Macam mana nak start. Aku dah bosan tunggu lama ni.
RAFI ;
Entahlah… Aku dah telefon banyak kali. Tak berangkat
pun. Aku rasa dia ada hal.
ANIS ;
Sekarang nak cancel ke macam mana ni.
RAFI ;
Aku rasa kita teruskan je. Lagi pun kita dah ada
skrip. Masing-masing pun dah tahu jawatan masing-masing. Takkan nak cancel
macam tu je. Penat je kita datang tapi tak buat apa-apa. Lagipun kita ada masa
lagi dua minggu untuk siapka video tu.
ANIS ;
Kalau macam tu kau lah arahkan dia orang semua. Kau
kan pengarah.
RAFI ;
Perhatian. Sekarang aku nak kita semua duduk dalam
kumpulan. (suara perlahan)
MEI MEI ;
Aiyaaa… Lu punya bsuara manyak perlahan oo… Itu olang
tak dengar oo…
ANIS ;
Entah kau ni Rafi, cakap suara macam pondan. Kau
tengok sorang pun tak dengar. Kau ingat dengan sengih kau tu dia orang semua
nak ikut cakap kau lah.
RAFI ;
Yela..yela…. Perhatian semua!!!! Sekarang aku nak
kita semua duduk dalam bulatan. Senang sikit nak bincang. Lagi cepat korang
bagi kerjasama lagi cepat korang boleh balik. (Anis dan Mei Mei menunjukkan
thumbs up kepada Rafi. Mereka bertiga tersenyum sesama sendiri).
Mereka semua membentuk satu bulatan dan perbincangan
dimulakan. Perbincangan tersebut meliputi pembahagian tugas masing-masing dan
bacaan skrip bersama-sama. Selepas selesai pembahagian tugas masing-masing,
mereka berpecah kepada empat kelompok kecil dan memulakan tugas masing-masing.
CIKGU NINA ;Hai semua!!! Sorry saya lambat. Saya ada hal tadi.Sorry
sangat-sangat.
RAFI; Tak apalah cikgu, kitaorang semua dah start dah.
CIKGU NINA ; Good job Rafi! Ha.. Saya bawa Cikgu Ainon. Siapa
handle bahagian teknikal? (Ramesh , Hoi dan Haziq mengangkat tangan mereka dan
memandang ke arah Cikgu Ainon.) Kamu bertiga boleh ikut Cikgu Ainon, dia akan
bantu kamu. Ada apa-apa masalah?
Hoi; Ada maa… manyak masalah. Itu lighting kami tada
apa-apa lampu o… Mau beli manyak mahal.
CIKGU AINON ;
Tak payah pakai itu lampu mahal ma... Pakai itu
torchlight sudah cukup. Jom ikut saya,saya bagi tips kat kamu bertiga untuk
handle masalah besar ni. (ketawa kecil)
SCENE 5 ; DALAM
KELAS-RAKAMAN VIDEO TEATER MERDEKA CINTA KITA.
Terdapat beberapa orang pelajar sedang berlakon.
Sesekali pelakon-pelakon menari dan menyanyi. Team props pula bertungkus lumus
menukar dan mengemaskan props apabila bertukar scene.
CIKGU NINA ; Akhirnya siap juga kerja kita semua.( Cikgu Nina
duduk bersama pelajar-pelajarnya.Cikgu Ainon dan beberapa orang pelajaar lelaki
sedang sibuk mengedit video teater mereka.
MEI MEI ; Cikgu saya manyak penat la… tangan saya manyak
lenguh angkat itu kerusi.(mengurut-urut kedua belah pergelangan tangannya.)
ANIS; Barulah saya tahu cikgu betapa penatnya berlakon.
Selama ni saya duduk fikir artis-artis kat luar tu shooting senang je dapat
duit.Sekarang bila dah rasa sendiri baru tahu.
CIKGU NINA ; Saya pun tak sangka penat sampai macam ni sekali.
Ini kali pertama saya handle benda macam ni.Tapi saya rasa seronok sangat
terlibat dalam teater ni. Saya baru rasa dapat kenal dengan pelajar-pelajar
saya dengan lebih dekat.
TINA ; Saya pun rasa macam tu cikgu. Rasa macam kita semua
ni rapat sangat walaupun dah bertahun-tahun kenal sebelum ni.
ANIS ; Jom selfie? (Anis mengeluarkan telefon pintarnya.)
Taapi kamera phone saya tak terang lah. Mei Mei, pakai you punya I Iphone saja
lah.
Mei mei Mengeluarkan Iphonenya dari poket seluarnya
lalu memasang telefon pintar tersebut pada monopod yang dihulirkan Anis. Cikgu
Ainon dan pelajar lain segera menuju ke arah Mei Mei sebaik sahaja Mei Mei
memanggil mereka untuk berselfie.
SCENE 6 - KELAS 5
BUMI.
CIKGU NINA ; Hai semua!!!Selamat pagi!
PELAJAR 5 BUMI ; Pagi cikgu…..
CIKGU NINA ; Eh… Macam tak ada semangat je saya tengok awak semua
ni…
IMRAN ; Biasalah Cikgu…Monday sick…
CIKGU NINA ; Banyaklah awak punya Monday sick Imran. Saya tengok
awak hari hari biasa pun macam ni juga. Pantang ada masa, mesti berlayar.
Perangai sebiji dah macam koala. (Mereka semua gelak sesame sendiri).
CIKGU NINA ; Sebenarnya saya nak beritahu berita gembira ni.
(Tersenyum memandang pelajarnya yang nampak tidak bersemangat).
ANIS ; Berita gembira apa ni cikgu. )Petang ni tak ada
kelas tambahan ke?
CIKGU NINA ; Hesy… Awak ni Anis…Kalau pasal cancel kelas nombor
satu. Saya nak beritahu berita yang lebih gembir dari tu.
ANIS ; Apa dia cikgu. Hmmm.. Suspens betul lah.
CIKGU NINA ; Saya nak beritahu yang kita dah menang dalam
pertandingan teater tu!!!(Mereka semua bersorak gembira. Lagu Kalau Aku Kaya
berkumandang,mereka semua menari).
SCENE 7 ; PEMENTASAN TEATER DI STADIUM BUKIT JALIL
KUALA LUMPUR.
(1)-1956
ADAM ; Ini cincin pertunangan kita
Salmah. (menghulur cincin emas belah rotan kepada Salmah.)
Salmah melihat wajah Adam. Salmah menghulurkan
cincin itu kepada Adam kembali. Adam memandang Salmah penuh persoalan. Salmah
berdiam diri dan membiarkan Adam mengagak.
SALMAH ; Cincin ini hak siapa?
Salmah menutur bicara setelah apa
yang ditunggu daripada mulut Adam tidak kunjung tiba.
ADAM ; Hak kamu Salmah. Tanda cinta kita. Aku sayangkan kau.
SALMAH ; Aku juga sayangkan kau tetapi aku
lebih sayangkan tanah airku. (Adam tunduk.) Ambillah cincin ini kembali Adam. Ini
sahaja harta yang aku ada. Aku tak punya apa-apa, selain cincin pemberianmu
ini. Berikan ini pada Tunku sebagai biaya ke London nanti. Tanah airku lebih
memerlukannya.(Adam memandang Salmah sayu.) Maafkan aku. Cinta kita bukan terletak pada cincin ini. Juga
bukan terletak pada kata-kata tapi pada hati.
ADAM ;Sebenarnya aku serba salah. Dipegang
takut mati, dilepas takut terbang. Cincin ini hak engkau Salmah.
SALMAH ;Tak perlulah engkau serba salah Adam.
Jika kau tidak mengambilnya, itu yang akan membuatku serba salah. Aku juga mahu
berjasa pada tanah air ini.
ADAM ; Kelak bila aku peroleh wang lebih
aku akan ganti. (Tersenyum memandang Salmah).
SALMAH ;Tak perlu kau fikirkan soal itu.
Fikirkan perjuanganmu. Teruskan usahamu. (Adam merenung Salmah.Tersenyum
manis).
Berkumandang lagu ‘Getaran
Jiwa’(Beberapa orang penduduk kampung sebagai penari latar)
(2)
Suara seorang lelaki membaca sajak ;
Cincin
tunangan hamba
Jadi
gadaian cinta
Balaslah
maharnya
Merdeka
sebuah bangsa
-Adam
Salleh-
Salmah tersenyum membaca sajak
tersebut dalam majalah SEDAR.
SALMAH ; Adam, sempat lagi kau nukilkan sajak
buatku dikala engkau kalut menguruskan pemergian Tunku ke London. (Salmah
menatap cetakan sajak itu di majalah SEDAR.)
CUT TO ;
ADAM; Salmah… Tunku akan berangkat ke
London. Aku mungkin agak sibuk kerana aku akan turut serta dalam rombongan
tersebut selaku wakil media kita di sana.
SALMAH ; Tak mengapa Adam…Aku tunggu
kepulanganmu.
ADAM ; Salmah… Aku mahu Tanah Melayu
merdeka…Itulah hasrat terbesar dalam hidupku.
SALMAH ; Sejak kau sertai politik aku lihat
kau banyak berubah. Tuturmu dan kelakuanmu penuh erti. Aku bertuah mengenalimu
Adam (Senyum dan memandang Adam.)
ADAM ; Namun percayalah sayang dan cinta
ini tak pernah berubah. Sesungguhnya merdeka itu mahar cinta kita.
KENANGA ; Amboi merpati dua sejoli tidak
habis-habis berkasih-sayang. Adam aku pinjam kekasih mu dahulu ya. Kami tidak
cukup orang bermain. (Adam mengangguk dan tersenyum manis. Kenanga menarik
tangan Salmah ke arah gadis kampung yang sedang bermain galah panjang.)
(3)-Halaman Rumah Salmah.
SIEW LAN ; Kenapa kamu tersenyum seorang
Salmah.Kamu mesti teringatkan Adam. Siew lan menegur Salmah yang sedang menyapu
sampah di halaman rumahnya. Salmah jadi malu apabila ditegur sebegitu oleh
sahabatnya.
KENANGA ; Biasalah Siew Lan, Rindu pada buah
hati yang jauh di mata.
SIEW LAN; Salmah, aku suka membaca sajak kau
di majalah. Adakah sajak kau terbit lagi dalam majalah?”
SALMAH ; Kali ini tidak. Sajak Adam yang
terbit. (sambil menyapu sampah.)
KENANGA ; Sebut pasal Adam, aku mahu tanya…. Bilakah
mahu dilangsungkan kamu berdua. Jangan tunggu lama-lama, Adam itu dikelilingi
ramai wanita. Nanti engkau pula yang melopong Salmah. (Salmah ketawa besar
mendengar amaran Kenanga).
SALMAH ; Adam tidak begitu. Aku
percayakannya.
SIEW LAN ; Pokok kalau selalu ditiup angin akan
tumbang juga. Kalau tak tumbang pun akan senget juga.
SALMAH
;
Aku hanya berserah Siew Lan. Jika kuat jodoh kami. Kami pasti akan disatukan
satu hari nanti.(Siew Lan dan Kenanga tersenyum memandang salmah.)
Sebenarnya adam ada beritahu soal hubungan kami.
KENANGA DAN SIEW LAN ; Apa
katanya?
SALMAH ; Emm... katanya mungkin hubungan kami
akan dilangsungkan saat kita merdeka.(Kenanga dan Siew Lan terkejut.)
KENANGA; Jangan main-main Salmah. Entah bila
kita akan merdeka. Entah berjaya atau tidak Tunku mendapatkan kemerdekaan
daripada British.
SALMAH ; Insyaallah akan berjaya.Adam mahukan
kami kahwin selepas merdeka. Katanya lagi kalau boleh sama saatnya dengan
kemerdekaan Tanah Melayu.(Siew Land dan Kenanga diam. Kehabisan
kata-kata.
SIEW LAN ; Harapnya begitulah. Moga kau dan
negara ini bahagia.
(4)-1956 FEBRUARI 20 (BERITA GEMBIRA)
TUNKU ABDUL RAHMAN ; Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha
kesian. Saya atas nama rakyat Malaya mengisytiharkan bahawa kemerdekaan penuh
Persekutuan Tanah Melayu menurut perjanjian yang telah dicapai di London akan
dilaksanakan pada 31 Ogos 1957.
Jeritan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
menggegarkan Padang Bandar Hilir Melaka.
(5)-1 SEEPTEMBER 1957 (SURAU BANDAR HILIR)
(5)-1 SEEPTEMBER 1957 (SURAU BANDAR HILIR)
ALI(BAPA SALMAH) ; Aku nikahkan akan
dikau dengan anakku, Salmah binti Ali.
ADAM ; Aku terima akan nikahnya
Salmah binti Ali
Keluarga-keluarga terdekat serta
sahabat-sahabat Salmah dan Adam tersenyum dan berbisik sesama sendiri setelah
Adam sah malafazkan akadnya. Adam mendekati Salmah. Mereka sama-sama berbalas
senyuman.
ADAM ; Salmah, terima kasih kerana
kau setia menunggu kepulanganku dan menunggu hingga ke detik ini.
SALMAH ; Sesungguhnya kau telah
menunaikan janjimu Adam… Merdeka itu mahar cinta kita.
ADAM ; Ya… MERDEKA ITU MAHAR CINTA
KITA
Pentas digelapkan….
Pelajar-pelajar 5 Bumi mengambil
posisi masing-masing. Lagu tema kemerdekaan negara yang ke-57 diputarkan.(
Mereka menyanyi dan menari bersama-sama. Mereka menyanyi dengan penuh perasaan.
Hilang segala rasa perbezaan kaum.) Tepukan penonton di stadium Bukit jalil
bergema setelah selesai persembahan pelajar 5 Bumi.
The End
No comments:
Post a Comment