Monday, February 23, 2015

' Semalam Yang Hilang '


Terik menyinar terasa bahangnya,
Kering tekak terbakar kulit,
Angin sepoi-sepoi meniup seluruh alam,
Dingin sebentar seluruh isi,
Segar rasanya walau seketika. 

Gigih berbakti kepada tanah,

Titisan peluh mandikan tubuh,
Berkerut dahi menahan penat,
Kuatkan hati utuhkan niat,
Membanting tulang demi sesuap nasi. 

Dua anak kecil bermain ketawa riang,

Suka hatinya mengail ikan,
Tawanya riangkan hati,
Lariannya hidupkan suasana,
Bisingnya beri senyuman. 

Jasad direhat dek lelah memuncak,

Secawan air dikongsi bertiga,
Sebungkus nasi dijamah bertiga,
Tangan tua terketar-ketar,
Suapkan dua anak tercinta. 

Hilang kedua- dua mereka,

Wajah diraup,Waras diraih,
Teruskan suapan ke mulut sendiri,
Tak lagi air dikongsi bertiga,
Tak lagi nasi dijamah bertiga. 

Air mata basahi pipi,
Kenangkan buah hati jauh di kota,
Bapa dilupa,
Tempat bermain tak lagi dijejak,
Duniawi hanyutkan mereka,
Material alpakan mereka,
Kasih ayah tak lagi didamba. 

Kerana kasih,Doa masih dikirim,

Kerana cinta,Harapan masih ada,
Harapan agar semalam masih ada,
Seperti semalam yang hilang. 

No comments:

Post a Comment