Sunday, July 19, 2015

My Love From Another Star 'Bab9'

Bab 9
“ Hi Ash….Malam ni study OBT jom? ” Aku cuba menegur Ash yang agak sugul dari pagi tadi. Pakaian dia pun serabai semacam je hari ni aku tengok. Dengan tali leher yang tak berikat kemas. Mahu saja aku rapikan.
“ Takpe lah Pia… Kau ajak lah sapa-sapa. Aku takde mood nak study. ” Ash menekapkan wajahnya pada meja.
“ Tapi siapa nak ajar aku Fiizik. Jomlah Ash… ” Aku cuba memujuknya lagi. Namun dia diamkan saja. Memang tak ada mood betul mamat sewel ni. Alahai tak lengkap pula rasanya kalau  sehari tak bergaduh dengan si Ash ni. Nak cakap rindu. Entahlah. Sejak Ash membantu aku pada hari sewaktu berjoging pada hari pertama aku menjejakkan kaki ke Kolej Matrikulasi Selangor ini, kami jadi rapat. Meskipun persahabatan kami sering disulami dengan perang mulut antara kami, aku rasa lebih senang bersahabat baik dengannya. Entah kenapa, aku mudah rasa selesa dengannya. Ke mana-mana sahaja kami bersama. Kami belajar di OBT bersama, lazimnya dia akan menjadi tutoran aku untuk subjek Fizik manakala aku akan menjadi tutoran dia untuk subjek Matematik. Kami buat temujanji bersama lecturer bersama. Kami makan di Canopus bersama. Kami makan burger Carina bersama sebelum memulakan sesi pembelajaran bersama pada malam hari. Kami keluar outing bersama di AEON Bukit Tinggi. Pokok pangkalnya semua kami buat bersama-sama. Dia sahabat yang baik buat aku, dia acap kali menjadi pendengar yang setiap setiap kali aku dalam kemelut masalah. Segala masalah aku dengan mama, aku ceritakan kepadanya. Dia selalu beri nasihat yang baik-baik kepada aku meskipun dalam bahasa yang kasar. Tiap kali aku menangis, dialah penghibur hati aku. Petang-petang kami isi masa kami dengan bersukan bersama. Kadang-kadang kami sewa basikal mengelilingi kolej. Kadangkala kami borjoging atau berjalan sahaja. Bergantung kepada tahap kerajinan. Jika dia ada perlawanan bolasepak, aku pasti akan turun padang sebagai penyokong setianya. Bukan mahu melihat perlawanan bolasepak semata-mata sebaliknya aku hanya mahu member sokongan kepada Ash. 
“ Kita makan kat Caanopus kejap lagi? Aku belanja eh? ” Aku cuba memujuk dengan harapan dia beri feedback positif.
“ Kan aku cakap aku tak nak… Kau tak faham bahasa Melayu ke?  Ke nak aku cakap bahasa Tamil baru kau faham? ” Kali ini dia memandang aku dengan wajah yang serius sebelum berlalu pergi meninggalkan aku. Entah dirasuk apa dia hari ini. Dingin je layan aku. Dengan muka macam harimau kumbang. Resah gelisah aku dibuatnya. Penat aku fikir salah silap aku dengannya samapi dia hilang mood hari ini. Aku tunggu sms daripadanya. Tidak kunjung tiba. Lazimnya selepas maghrib dia pasti akan menghantar sms kepadaku untuk mengajak aku study di OBT ataupun di perpustakaan. Tapi malam ni dia tak contact aku pula. Satu sms aku pun dia tak balas.
Keesokan harinya,dia dingin lagi dengan aku. Dia buat aku macam tunggul bila aku cakap dengan dia. Rasa nak nagis kat situ juga pun ada. Pelik aku dengan perangainya. Sebelum masuk ke dalam makmal aku berikan sekeping nota kepadanya.
Kau layan aku macam ni sebab kau marah ke? Aku salah apa? Sorry Ash L
Sebelum habis sesi makmal hari ini dia berikan aku nota tersebut kembali.
Tak lah. Ada sebab aku buat macam ni. Kau tak ada salah pape pun. Sorry…
Mamat sewel ni memang nak jangkitkan sewel dia pada aku. Dulu punyalah beria-ia nak ambil hati aku, berkawan dengan aku. Sekarang bila dah rapat macam ni pula dia buat. Tanpa aku sedari, air mata sudah menitis pada nota kecil tersebut.
‘ Ash…. Aku rindukan kau…’
                                                                               ******
Gegendang telinga bergetar dek Azan Subuh yang menyapa. Aku menggosok mata yang masih lagi berat. Aku gagahkan diri untuk bangkit dari perbaringannya. Waras diraih. C3 merah jambu di meja studi dicapai. Tertera di skrin telefon ada mesej masuk.
Receive ; 12:18:15 a.m
                 25-09-2013
From ; Mamat Sewel
Seram sejuk badan aku sebaik sahaja membaca nama pengirim mesej tersebut. Jantungku laju berdegup. Berdebar. Sesungguhnya aku rindukan mesej daripada lelaki itu. Lelaki yang telah menempa tempat dalam hatiku. Tempat yang terlalu istimewa.  Tanpa berlengah, jariku pantas menekan punat read pada telefon bimbitku

Hi Pia, aku nak mintak maaf dekat kau kalau aku buat kau sedih. Aku takda niat pun. Trust me. Apa yang kau rasa sekarang, macam tu la aku rasa. So tak perlu aku explain macam mana rasanya kan L. Kau mesti pelik kenapa tiba-tiba macam ni kan. Actually, im thinking that I had to make a gap between me and you, because the more closer I am to you, the more feeling I gain towards you. Aku tak nak harapkan apa-apa.Aku jadi takut. You change me you know.Whatever it is, I just want to let you know, you are the best ever thing that ever happen to me. I didn’t mean to hurt you.

Air mata mula menitis. Sakit. Pedih.
‘Pernah ke kau rasa apa aku rasa Ash… Kalau itu kemahuan kau aku akan cuba jauhkan diri dengan kau. ’
Aku cuba kentalkan sahaja hatiku. Aku mulakan hari dengan keceriaan untuk mengubat hati namun aku tidak dapat menafikan yang aku tetap rasa sakit setiap kali berhadapan dengan Ash. Ash dengan sengaja menafikan kehadiran aku seolah-olah aku tidak wujud di hadapannya. Sukarnya untuk menghakis perasaan tersebut walhal aku baru sahaja mengenali Ash tidak sampai tiga bulan.
Sewaktu pulang dari kelas, aku menghantar mesej kepada Aizat. Aku menyatakan hasrat untuk bertemu Ash sebentar. Ada perkara yang perlu kami selesaikan. Kafe Carina menjadi saksi perbincangan  empat mata antara kami. Pertemuan yang dijangka hanya sekejap menjadi lama. Pelbagai penjelasan dan penerangan Ash beri kepada aku. Aku pula tidak mengalah untuk memujuk Ash. Memujuk agar kami boleh kembali seperti biasa. Sesungguhnya aku tidak mahu jauh dengan Ash kerana aku takkan mampu. Aku mengaku kepada Ash bahawa aku sudah terlanjur menyanyangi Ash. Sesi  luahan perasaan antara kami pun berlaku. Di akhir pertemuan itu kami mencapai kata sepakat untuk kembalikan hubungan kami seperti dahulu. Just follow the flow bak kata Ash. Aku memberi sekeping kertas yang tertulis luahan perasaanku terhadap Ash. Ash tersenyum membacanya di hadapan aku. Ash pula menghadiahkan sweater kesayangannya kepada aku.
“ Pia.. Bila kau rasa jauh dnegan aku, pakai sweater tu…Then you’ll realize I’ll be there for you.”
Aku tersenyum manis. Aku sungguh gembira kerana keruh dalam hubungan kami kini mampu dijernihkan kembali. Sweet jugak kan mamat sewel aku ni.

No comments:

Post a Comment