Friday, July 17, 2015

My Love From Another Star (Bab6)

#To the readers; sorry for being hibernating for a long time huhu im just take my own sweet time for mensabatikalkan my own self  as there are a lot of obstacles that i had to overcome. So now i updating the my series novel project which is My Love From Another Star (*_*)

“ Ayah terima kasih belikan adik lukisan dengan barang-barang lukisan ni. Dah lama adik kumpul duit nak beli semua ni. Tau tau ayah dah belikan. ” Aku tersengih memandang ayah. Seronok sungguh rasa hati bila dapat sesuatu yang diimpi-impikan selama ini.
“ Sama-sama. Lepas ni adik lukis cantik-cantik tau macam lukisan yang ayah beli tu. Nanti boleh letak kat rumah. Tak payah lah ayah beli lukisan dengan orang nak hias dinding rumah. Beli dengan adik je. Boleh?”
“ Eh mestilah boleh ayah! Nanti adik belajar lukis sampai pro dengan Pak Cik Huzir. ”
Pak Cik Huzir merupakan seorang yang aku kira seperti bapa sendiri selain ayahku. Dia merupakan seorang pelukis di Pasar Seni dan memiliki sebuah kedai di sana. Dia sering mendengar keluhan aku terutamanya apabila aku dimarahi mama. Dia selalu memberi nasihat yang baik-baik sahaja kepada aku. Ayah pula baru mengenali Pak Cik Huzir tadi sewaktu aku bawa ayah bersiar-siar di Pasar Seni. Di kedai Pak Cik Huzir juga, ayah membelikan aku dua buah lukisan dan alatan melukis sempena hadiah hari jadiku. Lukisan pertama berupa sebatang pokok.Aku juga tidak tahu kenapa aku tertarik terhadap lukisan tersebut padahal hanya sebatang pokok. Lukisan kedua berupa pemandangan lautan yang mendamaikan hati. Waktu itu aku aku melompat-lompat kegirangan. Aku kucup pipi ayah berkali-kali. Di sinilah tempat aku menghabiskan masa setiap kali cuti sekolah. Inilah tempat aku menenangkan fikiran. Inilah tempat aku menggembirakan hati yang berduka. Inilah kegembiraan aku. Inilah sumber ilhamku. Dari dulu sehingga kini.
Kegembiraan kerana dibelikan lukisan oleh ayah ternyata hanya sementara. Sampai sahaja di rumah, mama mengamuk. Dia memarahi ayah kerana membelikan aku lukisan. Membazir katanya. Bila ayah kata lukisan tersebut sebagai hadiah ulang tahun kelahiranku. Mama melenting. Dia rampas lukisan tersebut. Aku cuba menarik erat kedua-dua lukisan tersebut. Aku hanya sempat mempertahankan lukisan pokok yang aku pilih tadi. Mama bakar lukisan aku satu lagi depan mata aku. Dia naik hantu. Hanya tangisan berbicara kala itu. Ayah pula umpama patung bernyawa yang hanya melihat. Aku lari ke bilik dengan lukisan pokok yang berjaya aku selamatkan dari mama. Aku kunci pintu. Sungguh aku tidak mahu mama merampas sumber kegembiraanku hari itu.
“ Kau bukak pintu ni sekarang sebelum aku pecah pintu bilik ni. Bukak!!! ” Mama ketuk pintu bilik aku bertalu-talu. Mahu tidak mahu aku terpaksa buka pintu bilik. Mama tampar pipi aku dia tolak aku hingga aku jatuh tersembam.Dia capai lukisan yang tadinya berjaya aku selamatkan. Dia campak lukisan itu tepat ke dinding. Tak cukup dengan itu dia pijak-pijak lukisan tersebut sebelum buang lukisan itu ke dalam tong sampah. Pedih bekas tamparan mama belum lagi hilang, pedih lagi hatiku melihat hadiah ulang tahun kelahiranku dihancurkan sebegitu. Aku menangis semahu-mahunya. Sabar aku juga ada batasnya. Aku sudah tidak mampu menahan sabar. Bertahun-tahun lamanya aku diperlakukan sebegini. Rasa marah dan benci mula menular dalam segenap tubuhku. Dengan penuh kudrat, aku tolak mama sehingga dia jatuh mengenai rak buku dalam bilikku. Sungguh aku sudah hilang rasa hormat terhadap wanita tersebut.
“ Apa salah aku sampai macam ni kau layan aku. Aku bukan binatang yang boleh terima semua apa kau buat kat aku. Sampai hari ni aku hormat kau aku ikutkan semua cakap kau. Sampaikan semua yang aku buat hanya satu tujuan. Dan kau tau apa tujuan tu? Tujuan tu semata-mata nak buat kau bangga nak buat kau terima aku. Tapi nampaknya sampai hari ni kau tak boleh terima aku!!! Sekarang kau nak tau tak apa aku rasa? Aku dah penat nak ikut cakap kau! Aku takkan ikutkan satu pun lagi. Aku tak nak pergi Ireland! Aku tak nak sambung medic!!! Aku takkan hormat kau lagi sebagai mak aku. Kau tak layak aku panggil mama!!!!  ”  Buat pertama kalinya aku meninggikan suara terhadap insan yang selama ini aku panggil mama. Hilang sudah panggilan mama terhadapnya. Dia tak layak aku panggil mama!
“Adik!!! Jangan kurang ajar dengan mama! ” Ayah memarahiku. Sungguh aku tidak faham kenapa sampai hari ini ayah langsung tak berani mempertahankan aku di hadapan mama. Ayah turut semua kemahuan mama. Katanya aku anak kesayangannya namun di hadapan mama, aku umpama anak pungut. Semakin deras air mata aku mengalir sederas aliran sungai di pergunungan. Sungguh aku rasa sendiri sekarang. Muka mama merah padam menahan amarah gara-gara aku melampiaskan semua ketidakpuashatian aku terhadapnya. Mama menghayunkan lagi tapak tangannya yang aku kira mahu didaratkan pada pipiku sekali lagi namun ayah menghalang.
“ Abang tengok anak abang ni! Abang manjakan sangat kan dari dulu. Kau ingat aku hadap sangat nak kau panggil aku mama. Hei budak aku pun tak hingin lah. Kau tak nak pergi sana? Hmm.. Baguslah, jimat sikit duit aku nak tanggung kau. Abang ni lah padah selalu duduk lepak tepi jalan tu bang. Selama ini saya cakap abang buat tak tahu je. Abang tengok sendiri padahnya. Perangai anak tak kenang jasa ni pun dah kurang ajar! Kau nak sangat kan duduk tepi jalan, kau keluar dari rumah aku sekarang! Aku tak nak tengok muka kau kat rumah aku lagi. Anak tak tahu diuntung. Kau ingat aku tak malu ke kau  duduk tepi jalan tu. Aku malu! Kau nak sangat kan duduk tepi jalan. Kau berambus sekarang!  ”
Terngiang-ngiang lagi suara mama tadi. Bukan aku tak biasa terima sumpah seranah. Bukan aku tak biasa dihalau rumah. Bukan aku tak biasa diperlakukan persis hamba. Namun sudah menjadi lumrah aku akan mengingat kembali perkara yang menyakiti aku dan aku simpan kemas dalam hati. Mahu aku kumpul menjadi bom nuklear yang letupnya mampu menghilangkan segala.
Aku jalan menuju ke stesen LRT Salak Selatan yang letaknya kira-kira satu kilometer dari rumahku. Langkahku ditemani titik-titik jernih. Tidak lagi aku peduli umum yang memandangku dalam keadaan kusut masai sebegini. Apa yang pasti aku mahu lari. Lari jauh daripada kebencian mamaku. Poket kanan seluar aku seluk. Mujur aku sempat mengambil kad touch n go milik ayah tadi sebelum aku keluar rumah. Poket belakang seluar pula aku seluk dan isinya aku keluarkan. Sekeping not sepuluh ringgit.
“Sepuluh ringgit kau sahaja yang harta aku ada sekarang.”
Aku bercakap seorang diri. Not kertas tersebut aku genggam dan aku peluk erat. Aku bayangkan aku lagi memeluk mama. Erat. Tangisan semakin deras. Langkahku juga sederas tangisanku kala ini.
Tuhan kenapa tak henti kau menduga aku. Jahatkah aku sehingga sebegini aku engkau uji. Kenapa engkau wujudkan aku kalau engkau campak aku dalam dunia yang penuh kebencian. Tuhan aku cuba pujuk hati aku bahawa engkau tak akan uji aku di luar kemampuan aku namun apa yang aku rasa sekarang di luar kemampuan aku. Setiap sujud setiap lima waktu sehari aku mengadu. Kau tak pernah hirau aku. Kau biar aku malah kau campak lagi banyak dugaan. Kau penipu Tuhan.
Keluhan tak henti-henti aku zahirkan. Sungguh hanya keluhan jadi cara untuk aku mengadu. Aku salahkan Tuhan. Aku tangisi kejamnya Tuhan.
Sampai sahaja di stesen LRT Salak Selatan. Aku mengeluarkan kad touch n go dan lalukan di mesin yang membolehkan aku melepasi pintu automatic untuk menunggu LRT. Setelah melepasi pintu tersebut aku pantas berlari menuju ke pintu LRT yang hampir tertutup. Mujur sempat.
“ Excuse me. Are you okay? ” Sapaan seorang lelaki mengejutkan aku. Aku pandang lelaki tersebut atas bawah. Handsome lah jugak, tambah handsome lagi dia bawa bola tapi malas aku mahu jawab. Malas aku mahu senyum. Aku suka lelaki main bola ni. Cukuplah aku jawab sapaan tersebut dengan anggukan. Air mata aku kesat dengan baju. Rambut kemaskan. Barangkali mamat tersebut tengok aku dah macam orang tak betul. Sebab itulah dia menyapa aku. Ah lantak lah. Kau orang bukan boleh tolong aku. Dengar sahaja operator menyebut pasar seni aku keluar dari LRT.

No comments:

Post a Comment