Sunday, December 20, 2015

Aku Bukan Hiker Handalan


Kringgggg!!!!!!!!!
Aduh, baru nak terlelap dah berbunyi dah jam loceng keramat aku. Aku tekan satu punat, diam seribu bunyi keramat tersebut. Apa lagi, sambung buat tahi mata. Selimut aku tarik menutupi keseluruhan tubuh aku yang tak berapa nak kecil sangat. Tak berapa nak kecil sebab selimut aku pun tak mampu selindungkan seluruh tubuh. Istilah selubung dalam selimut bagi aku, mesti kaki aku terjuntai tanpa selimut. Pendek cerita, tak muat selimut aku nak cover seluruh tubuh aku.
“ Ain!!!!!! Bangunlah kau kata nak panjat Broga hari ni. ” Aduh baru je nak berlayar dengan kapal layar idaman aku, ada lagi satu jam loceng keramat memanggil-manggil. Kali ini bunyi dia lagi bingit dari bunyi keramat yang tadi.
“ Hmmm… Pukul berapa ni? ” Bagi mengelakkan bunyi tersebut terus membingit, aku pujuk dengan suara merdu pagi aku.
“ Woi!!! Pukul empat lah beb. Semalam bukan main kau cakap nak kejut aku, sekarang tengok sapa kejut sapa. Kau nak bangun sekarang ke kau nak rasa penangan mandi atas katil. Bangun lah beb. Nanti tak sempat kita nak tengok sunrise. Semalam kau cakap nak subuh kat sana. Cepat lah bangun Ain. Aku dah siap ni…Aku…. ”
Aduh!!! Semakin membingit pulak jam loceng satu ni. Pagi-pagi kalau dah dengar motivasi mata mana tak segar kan. Jadi bagi mengelakkan jam loceng tersebut mengamuk, aku bangun. Aku jalan malas-malas menuju ke bilik air untuk basuh muka dan gosok gigi. Mandi? Haish tak payah lah. Siapa je tahan mandi pukul empat pagi ni. Lagi pun nak naik bukit je pun. Berpeluh jugak nanti.
*****
“ Reen… Kau rasa kan penat tak nak panjat bukit tu nanti… Ni dah lah first time aku nak daki gunung  ni hehe . Excited beb. ”  Aku membuka perbualan sebaik sahaja Reen memulakan pemanduannya.
“ Kau tak payah nak gunung sangt lah Ain. Bukit je pun. Aku rasa kalau kau ni dalam setengah jam dah sampai puncak kot. ” Amboi! Perli aku lah tu. Reen ni kalau bab perli aku memang champion.
“ Hmm. Kau ni pagi pagi buta pun dah start menyakat aku kan. Reen… Aku ada benda nak cakap ni…. ”
“ Hmm… Sejak bila kau nak cakap bagitau aku dulu. Bukan kau biasa main sembur je ke? Cakap je lah. ” Reen dah mula pandang aku lain macam. Reen Reen! Kalau ye pun jangan lah macam tu sekali. Baik kau focus drive. Karang bertukar tragedy trip aku nak naik Broga ni.
“ Reen… Kau rasa kan kita naik Broga nanti berapa orang? ”
” Berdua je lah.. Kau dah kenapa? Ke kau ada ajak membe kau yang lain? ”
“ Urmmm, eh takdelah Reen, aku takde ajak membe aku pun tapi aku ajak anak aku. ” AKu tersengih macam kerang busuk dekat Reen dengan harapan dia tak membebel lagi. Reen ni kalau dah start membebel, boleh pecah gegendang telinga kalau tak cukup  kuat..
“ Kau jangan cakap kau bawak kura-kura kau eh? ” Reen dah mula pandang aku dengan pandangan Dr Fadzilah Kamsah yang baru nak start motivasi pagi.  Haish kena sembur kali kedua gamaknya.Takpelah yang penting Pot merangkap anak aku dapat merasai pengalaman mendaki gunung eh bukit buat kali pertama macam mummy dia. Hehe. Nasib kau lah Reen dapat kawan macam aku hehe.
*****
“ Reen… Gelapnya. ” Aku mula gusar bila aku lihat jalan menuju ke puncak bukit tersangatlah gelap.
“Memang lah gelap. Kalau nak terang nanti kau buat proposal kat pejabat daerah suruh pasang lampu kat bukit tu eh. Kau bawak  torch light tak beb? ” Pap! Sekali lagi Reen perli aku.
“ Bawak-bawak. Tapi aku tak tau cukup ke  tak bateri dia nak tampung perjalanan kita sampai atas nanti.” Dengan perasaan yang gusar aku cuba nyalakan torchlight rechargeable aku. Sah tak cukup bateri ni nak sampai atas. Belum apa-apa lagi dia dah malap.
“ Agak dah… Takpelah kau tinggal je torchlight kau dalam kereta. Nah pakai powerbank aku. ” Reen hulurkan powerbank Pineng-999 20,0000 mAh kepada aku. Fuuh! Reen kau memang the best lah.
“ Pot… Now you doesn’t have to worry okay! Mummy got powerbank. ” AKu cakap dengan anak kesayangan aku yang aku letak dalam kantung kecik yang talinya aku sangkut pada leher aku.
“ Weyh dah dah lah tu cakap dengan kura-kura kau tu. Jom lah beb. Dah pukul lima suku ni. Karang tak sempat nak tengok sunrise. ” Reen sudah keluar mengeluarkan beg galasnya di tempat duduk belakang. Tanpa berlengah aku turut mengambil beg galas aku.
Pendakian ke bukit Broga pun bermula. Reen mengambil tugas mengetuai ekspedisi pendakian ini memandangkan dia sudah beberapa kali mendaki puncak bukit  Broga. Walaupun aku duduk di belakang Reen tak ada lah aku takut sangat memandangkan jalan menuju ke puncak bukit tersebut penuh dengan manusia lain. Ada sampai satu tahap tu sampai berselisih. Kitaorang baru nak naik ada pulak yang dah nak turun. Pelik aku dibuatnya. Suasana apakah yang mereka lihat. Hmm, bulan mengambang gamaknya hehe. Kira-kira lima belas minit mendaki, kami sampai di checkpoint pertama. Reen yang pada awalnya nak teruskan pendakian terpaksa membatalkan niatnya sebab kesian tengok muka aku yang pucat kelelahan. Penat! Aku duduk dan teguk air mineral yang aku bawak. Sekali teguk, tinggal separuh air mineral aku. Sumpah mendaki gunung ni lagi penat dari marathon. Aku keluarkan pot dari kantungnya. Aku suluh mata pot. Ceh! Membuta tak abis-abis. Aku terus suluh matanya. Malas-malas pot buka mata dengan buat muka tak puas hati hehe. Nasib kau lah pot. Tak sampai lima minit rehat, Reen mengajak aku meneruskan pendakian. Aduhai belum sempat aku hilangkan lelah. Aku raih tenaga yang tak seberapa ni dan mulakan pendakian bersama Reen dan manusia lain yang aku tak kenal. Niat aku nak menghayati suasana pagi mendaki gunung terganggu bila manusia-manusia tersebut kejap-kejap gelak berdekah. Tak puas hati betul aku. Perosak suasana betul lah. Dalam setengah jam mendaki, akhirnya kami tiba di puncak Bukit Broga. One words ;  Its awesome!!!! Rasa terharu macam nak nanges. Aduhai drama betul. Baru Bukit Broga belum Gunung Kinabalu. Over betul. Aku keluarkan pot dan aku nikmati pemandangan yang sangat-sangat awesome bersama Reen. Reen selamba je sebab dia dah selalu sampai puncak ni. Aku yang terlebih excited. Pot pun sama. Biasanya dia membuta, tapi kali ni dia bukak mata besar-besar macam aku  yang terlebih excited ni. Bila azan dari telefon bimbitku berkumandang, aku dan Reen segera berwudhu’. Reen mencari arah kiblat menggunakan aplikasi dari smartphone nya dan aku ambil tugas membentang sejadah. Aku, Reen dan Pot pun menunaikan kewajiban kami kepada Sang Pencipta hehe. Sungguh suasana bersolat di atas bukit  tersangatlah sukar aku gambarkan dengan kata-kata. Tenang! Usai solat kami pun duduk menunggu sunrise. Awesome gila suasana sunrise tu. Sempat lah jugak aku snap beberapa gambar di puncak Broga. Sambil menikmati keindahan tersebut, aku memejamkan mati, aku teringat kata-kata kawan aku sangat aktif dalam ekspedisi mendaki gunung. Aku pernah tanya dia, apa kau rasa masa kau sampai puncak gunung tu. Dia jawab, mengalir air mata aku weyh. Aku jawab yeke? Now, aku rasa air mata aku yang mengalir hehe. Ni baru penangan Bukit Broga belum gunung lagi. Kalau gunung aku rasa aku dah mengangis guling-guling kot.  Rasa hilang segala penat dan sesalan aku sebab bagun pagi pada hujung minggu. Rasa macam nak naik bukit Broga hari-hari je.
Sebelum panas terik, kami turun dari puncak. Boleh tahan payah jugak nak turun ni sebab  curam. Kami terpaksa berpaut pada tali untuk mengelakkan insiden jatuh tergolek macam nangka busuk. Reen steady je, aku ni yang huru-hara. Aku rasa Pot je yang paling steady sekarang sebab dia sibuk membuta masa dalam kantung masa mummy dia berhempas pulas nak turun. Bertuah punya anak. Dalam cuba mengimbangi badan, aku rasa tiba-tiba hilang keseimbangan dan seterusnya aku tergolek-golek masuk ke dalam semak. Aduh! Sumpah sakit. Ada beberapa manusia lain bergegas menuju ke arah aku untuk membantu.Reen turut sama. Tu kali pertama aku nampak Reen panic. Sayang jugak Reen kat aku eh. Aku cuba duduk dalam semak tersebut. Aku lihat ada batu besar sebelah aku, nasib lah aku tak jatuh kena batu tersebut. Kalau tak… Hish! Aku keluarkan Pot dari kantungnya. Lega sebab Pot okay. Steady layan tidur lagi. Aku masukkan dia dalam kantung kembali dan perlahan-lahan aku cuba berdiri. Manusia tadi dan Reen yang menuju ke arah aku cuba membantu namun aku cakap okay je ni takde yang terseliuh ke patah ke. Sakit pinggang je. Aku memulakan kembali perjalanan untuk menuju ke kaki Bukit Broga dengan pinggang aku yang sakit gila bersama Reen.

Ekspedisi pertama aku mendaki gunung memberi seribu satu kenangan buat aku, bukan setakat mendaki tapi jatuh tergolek hehe. Maklumlah, aku bukan hiker  handalan hehe. Naik bukit turun 2kg berat, bila dah turun bukit pekena nasi lemak ayam berempah dengan roti canai naik 5kg. Memang takkan kurus lah aku gamaknya. Okay lepas ni aku target Gunung pulak. Gunung Kinabalu. Gunung Rinjani. Gunung Fuji. Gunung Everest. Ha… Masa tu aku dah jadi hiker handalan Malaya hehe. Aku akan make sure masa tu tak ada insiden tergolek masuk semak. Peace!

No comments:

Post a Comment