Sunday, August 2, 2015

My Love From Another Star 'Bab11'

“ Dia sebenarnya dah ada girlfriend Pia… Kau tak payah lah seksa perasaan kau tunggu dia lagi. Life must go on kan. Tak payah lah tunjuk kau terhegeh-hegeh kat dia. Tak sampai hati aku tengok kau duk kejar-kejar dia. Dah la tu. Kau tak sedar ke selama ni dia rapat sengan kau sebab kena cabar dengan membe-membe dia. ”
Aku menangis. Sakitnya hati. Luka. Pedih. Berdarah. Hancur. Patutlah dengan tiba-tiba sahaja Ash berubah selepas naik cuti semester satu. Setelah apa yang kami lakukan bersama, Ash ternyata hanya berlakon. What kind of good actor!
Ash seolah-olah menganggap aku hanya boneka yang boleh dijadikan untuk menjadi teman bermain bersama teman-temannya. Aku tahu aku tak cantik, aku gemuk, dan aku macam budak kecil. Aku tahu siapa aku nak berdampingan dengan kau. Kenapa selama ni aku tak sedar. Kenapa selama ni aku buta untuk melihat kebenaran dan hanyut dengan kenangan bersama kau. Kenapa susah sangat aku nak percaya bahawa kau sanggup buat semua ni Ash!!!!
Mahu sahaja aku membenci namun aku tetap mencinta. Aku tekad untuk tidak lagi jadi pengemis cinta. Aku berazam untuk jadi wanita yang sempurna. Wanita yang didamba semua lelaki. Aku mahu Ash tahu bahawa aku bukan wanita yang lemah. Aku mahu Ash tahu bahawa aku wanita hebat. Aku takkan maafkan kau Ash! Aku akan ingat samapai aku mati macam mana kau buat aku. Hebat lakonan kau selama ni. Aku yang buta untuk menilai antara kaca dan permata. Aku akan buktikan satu hari nanti bahawa aku bukan orang yang boleh kau buat main-main!
                                                                          *****
Tanpa aku sedar aku telah menitiskan air mata membaca diari ‘Jaledari Nota Hati Arisa Sofea ’. Diari itu aku tulis sejak hari pertama aku mengenali Ash. Segala-galanya tentang dia. Dari pada pembalut kulit lolipop dan segala macam apa yang dia beri kepada aku aku simpan dalam diari tersebut. Aku begitu menghargai kenangan itu meskipun pada akhirnya aku sedar bahawa segala-galanya palsu. Aku masih tidak percaya Ash seorang pengkhianat cinta. Sampai sekarang aku masih percaya Ash seorang lelaki yang baik dan ada sebab-sebab tertentu dia buat begitu. Dia buat aku gila. Dia buat aku tolak lelaki lain. Dia buat aku hanyut dalam percintaan yang aku ciptakan. Meskipun dia tinggal aku namun aku masih cipta dunia cinta aku bersama dia. Aku hantar emel-emel yang aku cipta sendiri kononnya emel lelaki itu. Aku balas emel-emel itu sendiri. Kononnya Ash yang menulisnya. Sungguh aku masih setia dalam cinta itu. Sesungguhnya mencintai Ash adalah satu kegembiraan buat aku. Mengenali dia aku umpamakan jaledari biru nun di hujung sana. Kenapa? Sebab pandangan aku takkan pernah berpenghujung. Begitulah dengan mengenali dia. Semakin aku kenal semakin banyak perkara yang aku kira aku belum tahu.
Wahai takdir mana mungkin aku dapat melupakan Lelaki yang besar impaknya dalam hidup ini. Senyumnya manis menenangkan hati aku. Perilakunya buat aku rasa selamat bersama. Serak basah suaranya menggetarkan aku. Gaduh kami mengukir senyum di kala sepi.
Kenangan demi kenangan dia ukir bersama aku. Mana mungkin aku lupa tangisannya kala kehilangan atuknya. Mana mungkin aku lupa bebelannya kala aku sakit. Mana mungkin aku lupa reaksinya masuk ke dalam zoo buat kali pertama. Dan mana mungkin aku lupa cerita terakhir yang menjadikan aku tidak bernafsu untuk bercinta.
Dia janji untuk menonton wayang bersamaku. Bagai lembu dicucuk hidung aku membeli tiket wayang awal-awal. Aku tunggu dia depan wayang hampir sejam. Aku segera capai telefon bimbitku yang berbunyi. Itu panggilan dari dia. Dia minta aku untuk turun ke taman. Seperti biasa aku turut sahaja. Tiba sahaja alangkah sakit rasanya melihat kemesraan dia bersama seorang gadis cantik. Persis model. Aku cuba sedapkan hati dengan beranggapan wanita cantik itu saudaranya yang ingin dia kenalkan kepada aku. Aku mendekati mereka. Selangkah di hadapan mereka, mereka diam beberapa ketika. Wanita cantik itu berjalan-jalan mengelilingiku. Dia lihat aku atas bawah. Dia rentap bahuku dan tolak aku ke dalam kolam buatan manusia. Dia hina aku sampai satu dunia memerhati. Mereka tinggal aku. Lelaki itu menghilang tanpa sebarang kata. Sadis bukan?
Semuanya berlaku terlalu pantas. Macam baru semalam aku mengenali dia. Mana mungkin terlalu mudah aku cakap aku sudah lupakan dia secara total. Ada juga hati kecil ini bersuara bahawa sampai bila aku akan terus hanyut dalam dunia cinta yang aku ciptakan sendiri? Aku juga tak ada jawapannya. Biarlah masa yang menjawab. Betul rupanya kata orang untuk mencintai seseorang kita hanay perlukan sesaat dan untuk melupakan kita mungkin perlukan seumur hidup. Semoga aku tak perlukan seumur hidup untuk melupakan Mohamad Asyraf.
 Saat sendiri,
Mata ku pejam,
Tak lagi terlihat bumi yang ku pijak,
Memori ku atur kembali ke suatu ketika.

Ketika yang penuh dengan warna,
Tiap detik tak pernah ku lupa,
Tiap saat mampu mengukir senyumku.

Kuat memori mengingat,
Senyumannya,
Perilakunya,
Segala tentang dirinya.

Gurau senda tak pernah ku lupa,
Serak suaramu masih bisa meruntun jiwa,
Pujukanmu umpama air buat api yang lagi marak,
Janji-janjimu masih utuh dalam genggaman.

Bila mata tak lagi ku pejam,
Bumi kembali ku pijak,
Memori ku panggil,
Biar hidup di bumi yang nyata,
Biar nyah segala tentang dirinya,
Namun tak pernah sekalipun aku mampu.

Hati tak menurut desakan,
Terus sahaja memutar memori,
Memori yang ternyata tinggal kenangan,
Sering sahaja hati menolak untuk memadamnya,
Menolak untuk melakar kenangan baharu,
Terus memilih untuk hidup dalam hitam putih.

Biar pedih bagai ditusuk,
Biar tangis temani hari,
Biar luka terus berdarah,
Biar hidup dalam kenangan,
Jasad dan hati akan teguh,
Dalam sebuah penantian,
Kerana cinta tak pernah mati dek hinaan,
Tak pernah pudar dek suram yang kian mencengkam.

#So guys this gonna be my first entry for an august. Sorry cause im late to update this series. I wish all of the silent reader still willing to follow this series. Thousand thanks and love to u readers!!!


No comments:

Post a Comment